Life As University Student.....Again....[part 1]
Agak kalau blogger ni cam rumah, ak rasa blog aku ni dah bole jadi blog berhantu mana taknya entri sebulan sekali, ni dah terbiar tersadai tanpa sebarang khabar berita...huhuhu...barulah tahu macam mana rasa ibubapa kita mencari rezeki, langsung tak dapat cari masa untuk berinternet ke tengok movie ke, balik dari kerja penat terus tidur kalo terjaga awal mandi lepas tu baru makan....esoknya menghadap rutin seharian yang sama. Setelah dua bulan berkerja kini aku menyambung pelajaranku ke peringkat seterusnya di UPSI. Perjalananku ke UPSI agak mencabar disebabkan masalah aku dan cita-citaku dan keluarga yang mahukan anaknya mengikut jalan yang terbaik....Life As University Student Again.......
Tanggal 3 dan 4 Julai lepas, terciptanya saat gembira bagi pelajar yang diterima masuk ke ipta tempatan, mana taknya dah penat-penat menunggu selama 3 bulan keputusan ke upu. Bagi aku pulak yang telah mengecapi alam perkerjaan memang tak sedar langsung bila masa pulak result ke upu keluar....aku langsung tak amik tau, sebab aku dah pernah kecewa banyak kali semasa menunggu upu ni (masa lepas spm pastu tak dapat aku membawa diri ke form 6).
Harapan mengunung bagi setiap yang mohon upu agar dapat tempat di uni2 yg trkenal, masa mak aku call aku ingat tak dapatlah upu....sekali dapat kat UPSI dalam bidang ISMP Teknologi Rekabentuk berkomputer....
BERSAMBUNG......
cinta bukan penghalang untukku mengejar citaku yang satu
No comments:
Post a Comment