Sejak kebelakangan ini sukar nak mengupdate blog, kerja-kerja rumah bertimbun, lab sabtu dan ahad sentiasa penuh, dan jika ada masa terluang pula di gunakan untuk discussion dan menjadi tutor kepada sahabat baru. Tadi baru balik dari ekspo kat KLCC, seperti biasa kalau ada ekspo2 cam gini mesti dapat bag2 free...tut...di kesempatan itu digunakan untuk berkenalan, bertanya, dan timba sedikit pengalaman....
****************************
Di Kampus sekarang ini sedang ligat dengan rapat umum untuk pilihan raya kampus, aku pula masih normal dan berfikiran terbuka, masih memberi ruang kepada calon yang bertanding, poster kuning, biru, putih dengan gambar bakal2 calon yang merebut 5 jawatan MPP, meriah dah lama tak mengalami situasi sebegini.
Sebagai seorang Mahasiswa, calon yang anda pilih tersebut perlulah tepat, dan bitara Tidak guna jika cakap tapi tidak bertindak. Kempen gempak, berucap gitu gini,
"saya akan pastikan kita smahasiswa dikenali umum, universiti kita sentiasa menjadi sebutan.....bla..bla"
Nanti hanya terperuk dalam bilik dengan surat complaint menimbun sudah, perubahan hanya di bibir semata-mata,
aku semakin merapu lagi, biarkan dengan hal kampus...takkan selesai juga...
****************************
Aku sangat gembira hari ini, sebenarnya tak sangka ada juga orang jealous dengan aku, hehe... kita hidup dalam komuniti kecil ini kena sentiasa berkerjasama, tolong menolong berkongsi dan bertukar pendapat bukan hanya tunggu nasi di suap ke mulut, semakin kita dewasa semakin tinggi pemikiran kita, tambahan kita ini bakal2 pendidik yang bakal menjadi contoh kepada orang sekeliling.
Satu persoalan dalam minda aku sekarang ini, kita perlukan guru berkualiti atau pandai?
Pernah aku tanyakan perkara ni kepada korang, result korang tidak mengambarkan diri korang pernah tak korang terfikir...peperiksaan ini berdasarkan luck korang, percaya tak?
Mata aku semakin berat jadi aku nak rehatkan diri, kemudian aku sambung lagi penulisan aku tentang isu ini.
No comments:
Post a Comment