29 March 2011

Macam Haram...Perangai engkau

Sebenarnya dah lama aku rasa tak puas hati dan menyampah dengan kau... Aku betul-betul tak sangka dengan perangai engkau. dah lama aku perhatikan engkau, makin lama makin menjadi-jadi pula, sampai  nak memijak kepala aku. Sudah lebih ni beb...Engkau ingat engkau bagus sangat, ko tak berguna satu sen pun, menyusahkan hidup aku ja. Engkau ingat aku heran sangat kalau kau takna kawan dengan aku. Aku tahu ko bukan setakat menyusahkan aku, tapi orang lain juga..makin besar masalah kau ni.




Aku dengar ramai orang mengata pasal ko...tapi memang aku kisah sebab ianya berkaitan dengan aku, sakit hati dah naik lebam sebab perangai engkau macam haram... Wei engkau kena sedar, aku ini dah banyak menabur jasa kat engkau. Kalau takda aku engkau ingat ada orang lain yang sudi amik engkau ke.



Kau jangan lupa dah beratus aku labur untuk kepentingan engkau juga, aku harap kau masih ingat lagi jasa aku, sebab aku tak pernah lupa jasa engkau kat aku. Walaupun aku rasa lebih banyak lagi penganti engkau tapi mengapa? Mengapa aku masih lagi setia kat engkau....?




Tolonglah berubah demi kepentingan aku, aku tak kisah langsung dengan keburukan engkau, walaupun engkau tidak sekacak dan sehensem Lee Minho...Jun Matsumoto...Farid Kamil (eew...tolonglah),tidak secute Kim Bum....Akim(adelah pulak...). Aku tak pandang dengan rupa paras, yang penting engkau sentiasa setia bersama aku menemani aku sepanjang waktu susah, berkongsi kegembiraan bersama seperti waktu kita mula-mula berkenalan....Tolonglah jangan menyusahkan aku...wahai Sahabatku....




Sahabatku...LAPPYku...Mr GreenApple....(Acer Aspire 4710z)

To Mak & Ayah :

Maaf dengan kehadiran surat yang tidak di undang ini, Kak long anakmu ingin memohon kebenaran 
supaya mak & ayah dapat belikan lappy baru untuk kak long. sebab lappy sekarang ni asyik menyusahkan 
dan dah makin parah....
kak long tak mintak jenama yang mahal-mahal setakat lenovo atau asus rasanya tidak menjadi masalahkan..

yang di kasihi
ANAKMU amirah...

P/s: Jangan percaya dengan kataku ini, in adalah ketidakpuasan aka luahan rasa kpd my lappy yang sentiasa menyusahkan aku....Kisah ini tiada kaitan dengan mana-mana yang masih hidup atau yang tiada di muka bumi ini lagi. Maap kerana tajuk memang macam haram...sebab aku benggang dengan lappy ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails