20 August 2011

Tipikal di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Selamat menyambut bulan merdeka dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Hello folks, dah siapkan persediaan raya korang? Baju raya dah beli? Kuih Muih berapa balang korang dah buat? Hah, ini semua soalan-soalan yang biasa di tanya kalo minggu terakhir puasa, betul tak. Tapi ada juga yang rajin-rajin tanya masa hari pertama puasa...betul tak?..

So, dah bulan puasa ni dah dekat nak raya pun, so aku nak sharelah sikit pasal perkara2 yang selalu berlaku hanya pada bulan puasa

Jimat sangat ker?
Pernah tak korang terfikir di bulan Ramadhan ni korang telah berbelanja lebih dari selalu... Aku jarang kuar pergi bazaar beli juadah...tapi bila aku pikir-pikirkan memang tak berbaloi RM 20 ringgit @ lebih di habiskan. Aku rasa kalau sekarang ni bukan cuti sem, dah tentu aku kena minta duit tambang balik dari mak abah tuk balik kampung.

Bulan Ramadhan ni sepatutnya kita lebih berjimat. Kenapa aku cakap macam tu? Oklah Ikut logik....selalu kalau bukan bulan puasa kite makan sekurang-kurangnya 3X seharikan... pagi, lunch dan malam. Kira-kira bujet sehari aku sekurang-kurangnya RM10. Tapi di bulan ramadhan pula, selalunya kita makan 2X... iaitu sahur dan berbuka, sepatutnya bujet bawah RM10kan...

Freak tv show?
Bulan puasa semakin banyak cerita2 tv yang memang luar jangkaan muncul dengan pesatnya. Cerita-cerita sedih melampaui batasan pemikiran, cerita-cerita yang menaikkan kemarahan yang tak logik dan bebagai-bagai perasaan lagi. Ingat lagi dulu cerita indonesia mutiara hati kot tajuk nya, memang menjadi kewajiban menonton haha...



Iklan mencolok mata..
Bukan itu sahaja iklan semakin menjadi-jadi, syarikat semakin banyak mempromosikan produk kecantikan, makanan, minuman...Dulu time kecik-kecik muda rumaja, memang menyampah nak tengok tv mana taknya setengah jam lagi nak berbuka iklan berlambak. Pasal laici cap pisaulah, Jus oren limau masam ape tuh? Sekarang ni aku lagi sanggup layan upin ipin dari tengok iklan tah ape mende.



Berita muncul setahun sekali 
Dari drama berbalik kepada berita, takde berita lain nak di tunjuknya tangan hilang kene mercun, jari putus kene mercun pop pop bola, eksiden sini eksiden sana...sampai meluat nak tengok berita pun ada... dah bermacam cara, berbagai ops pocot lagi di adakan tapi langsung tak amik peduli.... semakin lama semakin ramai yang hilang jari... aduyaii

 


Waktu tidur berubah? 
Bagi aku yang tak berkerjaya sekarang ni, time bulan ramadhan memang menjadi kebiasaan tidur lepas sahur bangun bila matahari telah terpacak atas kepala. Mana taknya bulan puasa ni bermacam-macam alasan wujud di sebabkan puasa...tak laratlah. Segala usaha berdiet hilang...haha...berat badan melambung-lambung akibat tidur memanjang.

Oklah setakat ni jelah cerita yg nak di kongsikan, nak sambung membuta jap tak taulah bangun pukul berapa ni..dan jangan amik hati sangat  dengan apa yang aku cakap ni.. mungkin cerita ni ada sambungannya..






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails