06 February 2010

Vitamin c





Hari ni sgt bosan so aku try search-lah tentang vitamin c atau pon acid ascorbic, hehe bukan sal cucuk vitamin c tuk kulit kasi lembut, gebu, lebih putih tp kesan kehilangan vitamin c dalam tubuh badan manusia. Vitamin c sume orang penah dgr tentang kebaikannye, ia digunakan untuk membuat kolagen di dalam badan, satu protein yang menjadikan kulit, sendi dan tulang kuat. Vitamin c berperanan untuk menyembuhkan luka didlm badan, badan kita mengunakan vitamin c dlm sistem imun tuk menyenggarakan aktiviti sel darah putih.
Sumber makanan yg mengandungi vitamin c, Blackcurrant, lada Benggala, mangga, oren, kobis, tomato dan ubi kentang. So time raye cina nanti jangan lupe makan limau mandarin banyak2 tuk stock vitamin c korang.

***********************************************************



Tahukan anda sesorang perokok akan kehilangan sebanyak 25mg vitamin c dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada.
Selain itu, yg menyedut asap rokok pula meka akan kehilangan sebanyak 75 mg vitamin c. Jadi mereka yang mengisap rokok pula akan kehilangan 100mg vitamin c dlm badan mereka.


***********************************************************


P/S: Teringat mase dulu2 time sekolah, amali peka biologi ader uji kaji tentang acid ascorbic ni, bawak lah air oren tuk uji kandungan vitamin c dlm jus buah2an. Jd kalo korang beli minuman/jus buah tgk lh kat maklumat nutrisi kandungan acid ascorbic or vitamin c.




1 comment:

Unknown said...

waaa..
pandai kera 2 smking..
sape la ajar dye 2..isk2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails