Berbalik pada cerita asal, ada banyak sebab kenapa aku mula menceburi bidang penulisan blog ini. Oleh sebab orang sering tanya, jadi aku jawab kenapa aku minat menulis blog.
1. Sumber utama meluahkan idea. Kadang-kadang aku rase aku perlu tempat untuk kongsi idea aku yang merapu ni. Ramai juga kekawan rapat yang tak dapat terima idea aku, jadi aku ingin berkongsi dengan korang yang sanggup menbaca idea aku.
2. Selalunya blog ini menjadi tempat aku meluahkan perasan marah, jiwang, suka, dan lain perasan yang tak dapat nak kongsi di fesbuk. Bila ade post baru korang dapat rase perasaan aku sewaktu itu, aku harap jugalah dapat jadi follower aku lepas ini.
![]() |
dulu kalo rase aku tak puas hati blogger ni jadi pengantaraan aku...kutuk bertapis memang menjadi amalan |
3. Aku buat blog ini bukan nak cari sumber pendapatan sampingan, menjual pakaian, tudung, menyebarkan isu hiburan, politik, semasa, dan lain. Tapi untuk memberitahu bahawa wujud seorang yang mempunyai bakat untuk menulis blog. (aku pun join nuff tolong lah mane yang patut...hehe..) Aku tak rasa aku akan popular seperti artis di malaysia, sebab aku tak guna nama sebenar aku pun. Kalau dapat jadi popular kat sini pun apa salahnya.
![]() |
Join nuffnang tuk korang dapat side income |
4. Adakah anda didorong oleh sesiapa untuk menulis blog? Langsung takda sebab utama aku buat blog ini dulu kira macam nak buat diari online aku, supaya semua orang bole baca apa yang aku buat, makan dan pakai. Tapi tidak berterusan lama dan aku pun dah delete semua post berkaitan diari. Mungkin aku rasa semakin matang dalam penulisan blog kut.
5. Ko start tulis blog ini pada umur berapa? Memang soalan cepu emas kalo korang nak tahu aku start ketika umur aku mencapai angka 20 tahun...dalam tahun 2007 bulan tujuh kalo tak salah...kalo aku pandai kira-kira, blog ini sudah menjangkau 4 tahun juga rasanya....
...................................................
Kiranya hari ini aku sangat baik hati, bagi sesapa yang new in blogging, aku nak bagi tips lah sikit permulaan penulisan blog...
1. Jangan letak widget terlampau hingga berat nak loading page blog korang, sebab aku suka buat blog walking kalo page tu loading lembab cam kura-kura aku akan klik butang X...
2. Background tu sila gambarkan blog korang atau guna warna yan g tidak menyakitkan sangat...
3. Aku benci Auto play song .... kalo nak letak lagu-lagu pastikan korang tak kasi die autoplay..sebab bukan sume suka lagu yang korang letak...sebagai contoh mood aku tengah angin hot tetiba aku dengar lagu jiwang lagi aku hot...
4. Ni benda paling pantang dalam dunia blogging.... 'plagiarism' hargai hasil karya orang lain kalau korang takde idea nak menulis lebih baik korang buat review jer dari meniru karya orang....dia akan hargai punyalah...
5. Rajinlah berblog walking dan tinggalkan jejak korang....
p/s: tak banyak nak share sangat sebab im still newbies so elakkan plagriarism dan hormati karya orang lain