Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

11 January 2011

Kenapa aku nak ber'blogging'?

Kenapa aku berblogging? Kenapa aku x berjogging? ataupun logging. Satu masalah yang sering orang  tanya kat aku. Ada apa dengan blog? Walaupun sekarang pun tengah era fesbuk walaupun sume tengah kecoh pasal MZ nak tutup fesbuk, aku langsung tak kisah pasal hal ini. Sebab berblog lagi baik dari main fesbuk tu. Boleh juga membantu dalam penulisan. Tapi walaupun aku sering mengunakan bahasa yang agak pasar ade sikit kasar, sebab aku taknak terlampau skema sudah.

Berbalik pada cerita asal, ada banyak sebab kenapa aku mula menceburi bidang penulisan blog ini. Oleh sebab orang sering tanya, jadi aku jawab kenapa aku minat menulis blog.
 


1. Sumber utama meluahkan idea. Kadang-kadang aku rase aku perlu tempat untuk kongsi idea aku yang merapu ni. Ramai juga kekawan rapat yang tak dapat terima idea aku, jadi aku ingin berkongsi dengan korang yang sanggup menbaca idea aku.

2. Selalunya blog ini menjadi tempat aku meluahkan perasan marah, jiwang, suka, dan lain perasan yang tak dapat nak kongsi di fesbuk. Bila ade post baru korang dapat rase perasaan aku sewaktu itu, aku harap jugalah dapat jadi follower aku lepas ini.

dulu kalo rase aku tak puas hati blogger ni jadi
pengantaraan aku...kutuk bertapis memang menjadi amalan 


3. Aku buat blog ini bukan nak cari sumber pendapatan sampingan, menjual pakaian, tudung, menyebarkan isu hiburan, politik, semasa, dan lain. Tapi untuk memberitahu bahawa wujud seorang yang mempunyai bakat untuk menulis blog. (aku pun join nuff tolong lah mane yang patut...hehe..) Aku tak rasa aku akan popular seperti artis di malaysia, sebab aku tak guna nama sebenar aku pun. Kalau dapat jadi popular kat sini pun apa salahnya. 
Join nuffnang tuk korang dapat side income 


4. Adakah anda didorong oleh sesiapa untuk menulis blog? Langsung takda sebab utama aku buat blog ini dulu kira macam nak buat diari online aku, supaya semua orang bole baca apa yang aku buat, makan dan pakai. Tapi tidak berterusan lama dan aku pun dah delete semua post berkaitan diari. Mungkin aku rasa semakin matang dalam penulisan blog kut.


5. Ko start tulis  blog ini pada umur berapa? Memang soalan cepu emas kalo korang nak tahu aku start ketika umur aku mencapai angka 20 tahun...dalam tahun 2007 bulan tujuh kalo tak salah...kalo aku pandai kira-kira, blog ini sudah menjangkau 4 tahun juga rasanya....

...................................................

Kiranya hari ini aku sangat baik hati, bagi sesapa yang new in blogging, aku nak bagi tips lah sikit permulaan penulisan blog...

1. Jangan letak widget terlampau hingga berat nak loading page blog korang, sebab aku suka buat blog walking kalo page tu loading lembab cam kura-kura aku akan klik butang X...

2. Background tu sila gambarkan blog korang atau guna warna yan g tidak menyakitkan sangat...

3. Aku benci Auto play song .... kalo nak letak lagu-lagu pastikan korang tak kasi die autoplay..sebab bukan sume suka lagu yang korang letak...sebagai contoh mood aku tengah angin hot tetiba aku dengar lagu jiwang lagi aku hot...

4. Ni benda paling pantang dalam dunia blogging.... 'plagiarism' hargai hasil karya orang lain kalau korang takde idea nak menulis lebih baik korang buat review jer dari meniru karya orang....dia akan hargai punyalah...

5. Rajinlah berblog walking dan tinggalkan jejak korang....

p/s: tak banyak nak share sangat sebab im still newbies  so elakkan plagriarism dan hormati karya orang lain 

29 October 2010

Feels like a Disaster Honeymoon

Dulu-dulu time kerja boleh kene sound "cuba bertanya, jangan diam senyap jer. belajar dari orang lama....sekarang kene explore apa jawapan yang tak faham tu sendiri...susah nau nak belajar kat U aku skang ni, kalau dah nama course CAD, tentunya belajar about mechanical or design not IT or Science Com, not even related.
did you apply for Computer aided Design to learn it or even SCom...useless what i learn mechanical for 3 year!! can not golah teacher...IT not suitable for me, in my mine IT is like fesbuk...im only the end user not the software designer...

                                Haha...in my mind is this...not that i play the sims a lot...

huh!.. bila pikir balik memang rasa nak give up pun ada juga, bila terkanang muka mak ngan ayah masa menghantar sampai ke pintu hostel, rasa serba salah... i hope my mom will understand me, and forgive me...

memacam perangai orang kita jumpa bila kita mula rapat, back-stepper jangan cakap...even hardcore back fan pun berlambak...semata-mata nak menjatuhkan orang lain...haih dunia-dunia..(lama tak guna ayat ni...those word remind me about college life)

macam ni rasa real uni life, i thought that first semester like a honeymoon sem, but macam dah dekat final year time college dulu..tunggu graduation jer lepas exam...haha!!

p/s: never know what mine result would be...hoping im listed in dean list...hehe! mak doa kan kak long...amin. sesape yang rasa dirinye sifu dalam c++ pm ASAP...need help!!

                                    Harap N9 dapat menggekalkan piala tu....hoben jang hoben....

 





Blogger Templates

07 September 2010

Cinta di Bulan Ramadhan #2

Dekat 5 minit gaklah menenung tuk mula menaip sambungan cite pendek 'Cinta di bulan Ramadhan' ni. Dah tinggal beberapa hari gak sebenarnya. Sambil menenung teringat der lagi assignment nak di buat ropenya, tapi kenapa masih menulis di blogger ni... tak peduli angin semangat memblogging dah datang jadi terpaksalah kita teruskan....

Ok...ok sambung pada cite pendek yang terbengkalai aritu....

**********

Lama juga menunggu azan, juadah dah terhidang di meja,  melihat jam tangan baru pukul 6.40 senior ku ikin masih memasak di dapur. Baik buka lappy dulu layan facebook kejap...

"ader friend request "

Dari mane die jumpa facebook aku ni...macam mana ni  nak approve ke tak...approve je lah...

Sedang asyik membalas komen-komen dari kawan, dapat satu notification...kerol Khairol write on your wall....


        thanks for the approve, keep in touch.
        selamat berbuka puasa, jgn lupa mkn ayam percik tu.

Aku pon balas dengan ikhlas di wall kerol

       ur wlcm, selamat berbuka puasa juga, halalkan ekk ayam percik ni
       thanks sebab belanja ayam percik ni

Tanpa disedari azan pon telah berkumandang, menandakan waktu berbuka bagi kawasan tg malim dgn sewaktu denganya........


**********
cerita Cinderella sungguh menarik perhatian ku, mata tidak lepas pandang dari kaca television. Dari permulaan cerita hingga kerja sekolah yang di buat dari di biarkan. Cinderella mempunyai 2 orang kakak tiri yang sangat jahat dan ibu tiri yang zalim. Mereka suka membuli cinderella sebab mencemburui kecantikan cinderella, tetapi dia di bantu oleh beberapa ekor haiwan yang juga menjadi sahabat karibnya.

Mira....ooo...mira...
kakak, kerol pangil ko ni....
ish... sebok ke jer kerol ni....

Terpaksa ku meninggalkan cerita cinderella tersebut..

ade pe kerol??
aku nak ajak ko pergi umah aku, kite buat kerja rumah sama-sama...mak aku cakap lebih baik buat kerja rumah dengan ko dari pergi main dengan faiz, dan Bangcik..
alah, malaslah nak pergi rumah ko...Mak aku mesti tak bagi punya...
Alah, ko tanyalah mak ko elok-elok mesti die bagi...

Aku menuruti kata-kata kerol...

mak, kerol ajak pegi belajar umah die
Betul ke nak pegi buat keje sekolah, bukan nak pergi main
Kalo dah habis buat keja sekolah bole pergi main tak
Bole tapi siapkan dulu kerja sekolah
Baik...mak


Kerol tunggu jap mira nak pergi amik buku sekolah..
cepat sikit...


Sedang menyiapkan kerja sekolah di rumah kerol,

Hahkan ke bagus macam ni...asal cuti sekolah je satu hari lesap nampak batang hidung bile masa makan je...
mira...nak ape-ape tak...
takpelah mak cik
takpe nanti mak cik buatkan air rabina tuk mira ngan kerol
terima kasih mak cik...

Setelah mak cik imah beredar ke dapur...

kerol ko der hutang ngan aku... tau, hehehe
mane ade? memandang tepat mataku...
ade, sebab aku dah tolong ko hari ni.....jadi....
jadi ape?
aku nak ko setiap kali aku tolong ko, aku nak ko belikan aku ais krim....bole
alah, senang je...
ada lagi satu....aku nak ko ikut aku main dengan aku karang lepas siap keje sekolah ni...bole
alah, malaslah ko main ngan ina, kilah...pastu main masak-masaklah tah pe-pe jer main...
baik lain kali aku taknak tolong ko lagi
janganlah macam tu...ok-ok cuma hari ni jer

hah, borak ape tu...dah siap kerja sekolahnya kerol...
sikit lagi, orang dah dahaga ni..
hah, ni air rabinanya....

**********

bersambung....






Blogger Templates

10 March 2010

Love On Wednesday.

Pagi ini aku lewat bangun untuk menjalankan rutin harian. Dengan sepantas kilat aku bersiap, supaya tidak terlewat untuk ke kelas. Malam tadi mimpi yang sangat indah, si dia yang aku puja akhirnya meluahkan perasaanya terhadapku. Wah, romantiknya bawa aku pergi candle light diner kat hotel siap ada music band pastu main lagu romantik. 

Alangkah bertuah badan jika mimpi itu bertukar jadi realiti. Si dia ni pun satu kalau lalu sebelah aku tu, tegurlah tak kan nak jadi cam perigi nak mencari timba. Kalau aku tegur pula di katanya aku ni GATAL, GEDIK pula....susah bila agaknya nak sampai jodoh aku.Aku ni pemalu orangnya.. :P




kalo sudi sambil baca sambil layan lagu


**************

Apalah malang nasibku hari ni, datang jer dah kene tengking dengan Pak guard. Aku dah minta maaf datang lambat pun nak bising lagi, bukanya aku lewat setengah jam baru 10 minit. Tambahan pengajar aku belum masuk lagi, datang-datang je kata kelas tukar forword subjek lain. Kelas autocad diganti dengan kelas CIMS, takpe sabar jer, walaupun pengurusan akhir-akhir ni semacam jer. Penat jer aku bawak laptop yang berat ni,ingat nak guna buat autocad kat laptop sendiri tapi kene pula tukar kelas  kalau berguna takpe juga. Nasib baik subjek robotik, CIMS subjek yang aku tunggu dari mula masuk belajar kat NSSDC.



Semasa berjalan menuju ke kelas roboti/cim 810, terselisih pulak dengan si dia. Wah, handsomenya cair aku di buatnya,  aku pun apa lagi control ayulah konon2 jalan kepit...hehe tetiba ada orang panggil nama aku,"sape yang panggil aku, terkujat aku lari fokus nak control ayu...." dalam hati jelah. aku pun toleh belakang, si dia panggil aku.....sukanya... :D



"mirah..."
"awak ni amirahkan.."dengan memberikan senyuman manis..

aku dah blushing abis...dengan malu-malu meow balas senyuman sambil mengangguk, maklumlah malu...


"Janganlah malu-malu saya bukan makan orang pun, tadi awak kene marah dengan pak guard ke siannya awak, tak patut betul die tengking awak macam tu"

Perihatin sungguh Mamat seorang ni, memang lelaki idaman, dahlah muka handsome memang lelaki pujaanku. Bertambahlah perasaan sukaku pada mu.

"aha, datang lewat 10 minit jer, tapi marah tengking orang pulak tu, bukan saya jer terlewat ade juga budak lain lebih lewat dari saya tak pula dia bising"

"Oklah, Encik yang ajar kelas saya pun dah masuk. nanti kite borak lagi yer." sambil memberi senyuman yang membuatkan jantungku hampir cair.

*************

Kelas hari ni sangat seronok dan menarik, seumur hidup kali pertama mengawal robot industri, walaupun pada mulanya agak gementar takut robot-robot tu hilang kawalan dan mula menganas. Pada mulanya kelas memang terasa bosan Encik Shah menerangkan tentang kegunaan, cara mengendalikan, keselamatan dalam bengkel, 4 K (KEMALANGAN, KECEDERAAN, KECELAKAAN, KEMATIAN). 

Bagi aku 4K itu bole ditafsirkan kepada KEBOSANAN, KEBLURAN, KEBINGGUNGAN, KENGANTUKAN. Mana taknya waktu malam jer susah nak tidur, jadi tak bole tidur layan movie sampai 2 ke 3 pagi tulah yang bangun lambat. Dalam kelas mata nyaris terlelap, kang tak pasal kene pakai helmet berbau pulak....eiii tamolah.....

**************

Hati aku cair lagi bila nampak dia kat kantin, aha, serius aku tak boleh tengok muka die handsome gile macam mamat japan mungkin bayangan aku je kot, kan ke aku ni terlampau addicted dengan japan boys. Dari jauh aku, nampak dia, tanpa aku sedar pandangan aku dan dia bertembung selama beberapa saat, aku rasa sesuatu bisikan dari si dia. Tapi cuma beberapa saat, kerana kawannya menegurnya. 

muka si die ade  iras-iras ikuta toma, bila die senyum lagi 
sama

Selesai makan, sewaktu menuju kembali ke kelas, si dia sempat memberi satu senyuman yang membuatku cair sekali lagi, kini aku rasa tidak dapat berpijak di bumi nyata lagi....kemudian dia berbisik sesuatu kepada aku..

"Sebelum balik saya nak jumpa awak. Tunggu dekat parking saya nak cakap sesuatu.."dia terus beredar ke kelasnya.

Apa agaknya dia nak cakap kat aku ni, sepanjang waktu kelas aku tidak dapat memberi tumpuan, aku asyik memikirkan hal itu. Apa yang Encik Shah cakap tidak dapat masuk ke otak. Masuk telingga kanan Keluar telingga kiri, nasib baik takde orang yang perasan.

*****************

Selepas selesai makan tengah hari aku, bergegas ke tempat parking. Aku nampak si dia macam lama menunggu, reaksi di mukanya membuatkan aku risau. Lidahku kelu seribu bahasa.

"Dah, lama saya tunggu awak, saya ingat awak taknak datang..."sambil mengelap peluh di dahi, Mungkin di sebabkan cuaca terlampau panas. Rasa seba salah pula sebab membuatkan si dia menunggu.

"Urmm... awak saya minta maaf, terlambat pula makan tadi, maaf sangat-sangat"
"oh, yeke saya makan awal kot, takpe asal awak datang dah cukup buat saya rasa gembira" sekali lagi aku blushing bila melihat si dia dengan senyuman yang meleret. Kami pilih tempat yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Kononnya si dia nak kan privacy.

"Apa sebenarnya awak nak cakap dengan saya" 

"Sebenarnya, saya......sukakan awak"sambil memegang kedua-dua bahuku. Terkejut juga aku sambil menepis tangannya dari bahuku. Sudah lebih nak pegang-pegang pula.

"Maaf, Mirah, suka saya tak..." dia melihat tepat ke dua mataku inginkan jawapan. Aku berfikir sejenak aku mimpike, cubit pipi rasa sakit pula...betul ni. "Amirah fikir betul-betul, ini ke yang kau mahukan" cuba menyoal dalam hati, si dia masih menunggu dengan penuh sabar.

"Saya......suuka...."

Tiba-tiba aku rasa pandanganku mulai gelap, muka si dia kian kabur dan semakin menjauhi ku....ku dengar sayup-sayup namaku dipanggil....

"MIRAH....mirah...." semakin lama suara itu hilang dari pendengaran ku kini semuanya gelap tiada bayangan si  dia.



******************

Jam di telah menunjukkan 6.50 pagi,....mampus aku, bangun lambat lagi. Alarm handset sengal ni tak bunyi pulak,.....Bangun terus capai tuala.....selamat beg dah packing, Laptop dan barang yang di perlukan sume sudah siap.

YOSHH!!, FIGHTING!! Bersemangat untuk hari yang indah.


p/s: Semangat untuk merapu kian bertambah, dan harap maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata aku. Entry yang aku tulis  kali ini terdapat unsur-unsur fantasi dan juga realiti ade yang betul juga. Permulaan cerita di atas, aku nak ending nya menjadi sedih, tetapi aku tidak dapat mencipta suasana sedih sebab aku bukannya jiwang sangat, tapi kuat merapu. Oleh itu, endingnya merapu sikit. Aku nak mintalah pendapat korang, yang sudi baca atau singgah jer tolong comment ker atau bagi cadangan untuk menarikkan lagi blog ini, aku suka kritikan yang membina tapi tidak membunuh. Bagi cadangan kat fanpage atau kat sini pun boleh....
                                      
         
Blogger Templates

02 February 2010

KEMBALI BERGIAT...

SALAM, setelah sekian lama ku menyepikan diri dari dunia blogger ini, kini ku kembali aktif. Insya'Allah. Semenjak tamat pengajian aku di kolej universiti linton, LEG, aku telah menghabiskan masa dengan melepak di rumah, meluangkan masa bersama keluarga, ambil lesen kereta, fb'ing, menonton wayang, bercuti, dan pelbagai aktiviti dilakukan. Hampir 6 bulan ku melepak di rumah menjadi penganggur sepenuh masa. Bukan malas untuk mencari kerja, tetapi nasib ku tidak seperti rakanku yang lain. Selepas tamat pengajian mereka terus mendapat panggilan dari syarikat/kilang/ untuk bekerja.
Mungkin ku masih kurang skill yang di inginkan. Malas pulak nak bercerita panjang jadi ku inagin memberi tahu tentang perkembangan terbaru ku.

Kini aku sedang mengikuti kursus di NSSDC, dalam bidang Computer integrated manufacturing system (CIMS) bermula 3/1/10 hingga sekarang. Kursus ini selama 6 bulan (3bulan kursus di nssdc dan 3 bulan OJT ). Sudah sebulan aku menjalani kursus ini, dan pelbagai ilmu/skill yang aku dapat dari program ini. Au berharap pada tahun ini aku akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua yang aku lakukan dan aku berharap rakan-rakan yang pernah aku kenali berjaya dalam apa jua kamu lakukan. Semoga kejayaan akan kita capai dan menjadi insan yang cemerlang.Amin..

p/s: en. kat nssdc ckp (cemerlang=lebih baik dr hari esok) so, aku pown cube utk menjadi insan yg cemerlang....aku harap sgt dpt update selalu blog ku yg kira kalu umah tu dh bersawang-sawang sana sini...

16 August 2009

Semakin Hampir

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
ramadhan akan kembali, so to all To all muslimin and muslimat in Malaysia and Dunia! Saya ucapkan selamat menyambut Bulan ramadhan yg bakal tiba.


08 May 2008

what type of your music?





cam dah lame xmgupdate blog ni, busy sangat2. maklumlah masih belajo. so the topic is " cam tajuk lah" jadi bace tajuk dulu...
k macam2 org suke dgr lagu time tgah bosan, so mase tgh bosan ami mesti layan lagu jpon, (sampai ader org tegur) band yg menjadi pujaan spt abingdon boys school, orange range, aqua timez, l'arc~en~ciel sume trpengaruh kat anime lah..huhu..

antara lagu yg amat digemari adlh:-
- abingdon boys school:- innocent sorrow
- l'arc~en~ciel:- link, driver high
- orange range :- ikenai taiyo,Asterisk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails