Showing posts with label cinta di bulan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label cinta di bulan ramadhan. Show all posts

13 September 2010

Cinta di bulan ramadhan #3



Salam Aidilfitri,  terlebih dahulu ami ingin meminta maaf zahir dan batin jikalau ada tersalah bahasa atau terlebih tindakan yang tidak di sedari. Cerita pendek yang sedang di usahakan dah beberapa hari tidak dapat di siapkan dalam jangka masa yang  sepatutnya, Maaf lagi sekali tapi cerita ini tetap juga akan di habiskan juga walaupun terdapat kekangan masa. Maklumlah waktu-waktu sekarang di bulan Syawal ini banyak pula undangan rumah terbuka daripada kawan-kawan. Tetapi aku akan cuba untuk menyelitkan masa untuk menyiapkan juga misi cerita pendek ini.



Baiklah kita berbalik kepada jalan cerita sebenar kita…Jadi teruskan membaca idea merapu ini…


Setelah beberapa bulan tidak pulang ke kampung halaman,  rasa rindu kepada ibu dan bapa mula menguasai diri ini, apabila mendengar lagu raya yang berkumandang di corong speaker  lappy roommate. Bagaimana keadaan ayah dan ibu di kampong, dah lama rasanya tidak pulang ke kampong sayu bila memikirkan keadaan kedua ibu bapa. Dua bulan lamanya emak dan ayah tidak menelifon anakanda  yang berada di perantauan. Sejak masuk ke U kembali duit dalam poket sentiasa kering, credit telifon pon laju jer macam paip pecah tahu-tahu dah tak bole guna sebab takda kredit, nak kata bergayut dengan bf takde pon SMS pun jarang, tambahan pula bf pun belum wujud lagi…pelik ke mana agaknya menghilang kredit hp aku ni…salah satu persoalan yang tidak dapat diselesaikan.

Ketika asyik melayan isu-isu semasa di dalam minda yang makin bersimpul , hp ku yang sudah seminggu tidak berbunyi dek kerana tiada seorang pun yang menelefon ku kini berdering barulah aku sedar yang hpku masih elok berfungsi, segera ku menjawap telepon tersebut.

                Assalammuailaikum, amira…

             Wailaikumsalam, siapa yang bercakap ini.  

Memang jenis yang takpernak nak tegok siapa yang menelefon dahulu.

Aii, lupa kawan lama kau ni, senyap sunyi sejak masuk U, lupa kat aku naah… aku ni Imahlah..jangan sampai aku tak mengaku ko Bakal kakak ipar aku kang, reject lah aku suruh abang aku cari lain..

Melihat ke screen telefon dan mula mengecam nombor yang tidak bernama…

Sorrylah imah aku tak save nombor hang, aku baru pakai hp baru hp hat lama aku dah jual. Ang sihat ke? Kenapa ang telepon aku malam – malam ni ang nak bagi tau ang dah nak kawin ke….hikhikhik

Takdelah, amboi bukan main lagi ang noo duk jauh-jauh pun sempat lagi nak menyakat ,  aku nak Tanya cuti merdeka nanti ang balik kampong tak…dah dekat dua bulan ang tak balik. Abang aku ni asyik Tanya pasal ang jer. Dia rindu kat ang lah tu…huhu..

Tak tau lagi, kepala otak aku tengah berserabut la ni, pening duk pikiq pasal assignment. Lagipun kemungkinan hari isnin lepas cuti mungkin aku ade test. So mungkin aku tak balik kot cuti raya baru balik.
Ang ni pun satu kat umah pun bukan nyer tak bole studykan…buatlah macam ang mase dip dulu tiap-tiap minggu ang balik bole lepak sama-sama…lagi satu ang dak jumpa tak kerol kat sana, yelah lepas darjah 6 suma dah berpecah ni pun aku dapat tau dari mak aku…dia masuk upsi

Ada, makin ensem ko nak aku adjustkan die tuk ko ke? Huhu..

Tak maulah mana nak letak si Zahid aku ni…ang ja ngan nak mengatal ngan si kerol tu… t aku report kat bakal suami ang baru tau

Banyaklah ang punya report, kalu ang nak tau abang ang tu pun berkenan ngan aku pun die nak yang cantik macam liyana, lagi pun aku tak suka kawin ngan askar ang tau citarasa aku kan.

Malaslah aku nak gaduh ngan ang ni, mesti ang nak menang… yelah ang kan dah jumpa first love ang mana nak pandang second love lagi dah. Sian abang aku…nanti kirim salam ngan si kerol anak mak tu…. Minta –minta termakbul cita –cita si kerol tu nanti...

Aminnn... dalam hati jer lah.



                Mira aku nak kau jadi pengantin aku kali ni, aku rase ko yang paling sesuai.

Tindakkan kerol yang mengejut tersebut membuatkan jantung bagaikan terhenti. Betulkah apa yang berlaku, selalunya kerol tidak macam ni. Kenapa dia berubah.


                Tak mahulah kalau aku kene kawin ngan kau, ko  pilih imah jer lah.

Jika dibandingkan dengan imah, aku masih banyak kekurangan. Imah seorang gadis yang cantik, periang, tidak seperti aku hanya betemankan buku di sisi, muka yang jarang senyum. Ramai yang mengelarkan aku gadis sombong . jika dibandingkan dengan kerol yang tinggi muka manis berlesung pipit lebih kelihatan apabila dia senyum sungguh….

                Mana bole nanti marah pula zahid,

Kerol masih lagi cuba memujukku supaya menerimanya sebagai pasangannya. Alangkah bertuahnya badan jika dapat menjadi pengantin kerol. Bagai mimpi.

Mira ko jadi jelah pengantin  kerol, lagi pun korang sesuai tau, kalo kau taknak aku taknak main main dengan kau lagi.

Sememangnya imah sahabatku dunia akhirat, walaupun dia tahu perasan aku terhadap kerol ketika itu. Sememangnya aku malu tapi mahu. Aku terpaksa berpura-pura setuju dengan permintaan imah yang bagai  mengugut aku, nak buat macam mana terpaksa ikut juga sebab taknak putus sahabat. Kawan menangis dan sanggup mendengar luahan hati aku ni memang susah nak di cari.

Oklah, kali ni jer lepas ni dan akan seterusnya kalo kau nak main kawin-kawin lagi ko ngan zahid jer jadi pengantin

Yes!!, terima kasih mira.

Ok, biar aku siapkan kau, yang lain sedia dengan watak sendiri.

Keriangan kerol apabila aku setuju mengikut pemintaan dia. Imah segera menyiapkan aku, rambutku yang panjang di sanggulkan kemudian di letakan beberapa kuntum bunga kertas, bibirku di letaknya gincu merah milik ibu imah entah macam mana dia dapat gincu tersebut. Kalaulah emak aku tahu ini habis aku. Kemudian selendang putih di letak menutupi muka supaya kelihatan seperti pengantin…

                                Pak ke….pung ke…pung ….


Bunyi kompang mulut menandakan ketibaan rombongan pengantin lelaki, aku diiringi ke pelamin. Buaian pokok tempat permainan kami di jadikan pelamin. Mukaku ditutup dengan daun yang besar entah daun mana si imah ni petik ada sahaja idea merapunya. Kerol tiba dengan megahnya kain pelekat di buat sampan dengan ikatan bunga dipinggangnya, dengan senyuman yang lebar menuju ke pelamin bagai seorang pahlawan telah Berjaya menawan hati puteri kayangan.

                Kalaulah ianya betulkan bagus…

Bisiku pelahan sangka tidak didengari oleh imah tapi dia hanya tersenyum, menyindir aku. Mukanya bagai memberitahu “Amirah kau memang gatal…” lengkap dengan senyuman sindiran imah cukup menakutkan...


Tidurku terjaga dek mimpi yang penuh memori sewaktu kecil, air mata yang mengalir segera dikesat. Masing-masing sudah membesar dan menjadi dewasa rasanya semua lupa janji yang di buat sewaktu kecil. Aku masih menunggu kau untuk mengotai janji itu.

Azan subuh mulai kedengaran, segera aku melangkah ke bilik air


Bersambung...


P/S: Semakin hari semakin semakin saying, semakin jauh semakin kuat ikatan itu. Cinta ibarat langit yang mendung, kemungkinan akan hujan kemungkinan juga bakal cerah kembali. Cinta itu sesuatu yang boleh di harapkan, tanpa cinta kita tidak akan dapat merasai sedih, gembira, marah, rindu dan kecewa. Tapi cinta juga membuatkan kita benci, jauhilah cinta yang membenci kerana ianya amat menyakitkan.

Blogger Templates 


               

07 September 2010

Cinta di Bulan Ramadhan #2

Dekat 5 minit gaklah menenung tuk mula menaip sambungan cite pendek 'Cinta di bulan Ramadhan' ni. Dah tinggal beberapa hari gak sebenarnya. Sambil menenung teringat der lagi assignment nak di buat ropenya, tapi kenapa masih menulis di blogger ni... tak peduli angin semangat memblogging dah datang jadi terpaksalah kita teruskan....

Ok...ok sambung pada cite pendek yang terbengkalai aritu....

**********

Lama juga menunggu azan, juadah dah terhidang di meja,  melihat jam tangan baru pukul 6.40 senior ku ikin masih memasak di dapur. Baik buka lappy dulu layan facebook kejap...

"ader friend request "

Dari mane die jumpa facebook aku ni...macam mana ni  nak approve ke tak...approve je lah...

Sedang asyik membalas komen-komen dari kawan, dapat satu notification...kerol Khairol write on your wall....


        thanks for the approve, keep in touch.
        selamat berbuka puasa, jgn lupa mkn ayam percik tu.

Aku pon balas dengan ikhlas di wall kerol

       ur wlcm, selamat berbuka puasa juga, halalkan ekk ayam percik ni
       thanks sebab belanja ayam percik ni

Tanpa disedari azan pon telah berkumandang, menandakan waktu berbuka bagi kawasan tg malim dgn sewaktu denganya........


**********
cerita Cinderella sungguh menarik perhatian ku, mata tidak lepas pandang dari kaca television. Dari permulaan cerita hingga kerja sekolah yang di buat dari di biarkan. Cinderella mempunyai 2 orang kakak tiri yang sangat jahat dan ibu tiri yang zalim. Mereka suka membuli cinderella sebab mencemburui kecantikan cinderella, tetapi dia di bantu oleh beberapa ekor haiwan yang juga menjadi sahabat karibnya.

Mira....ooo...mira...
kakak, kerol pangil ko ni....
ish... sebok ke jer kerol ni....

Terpaksa ku meninggalkan cerita cinderella tersebut..

ade pe kerol??
aku nak ajak ko pergi umah aku, kite buat kerja rumah sama-sama...mak aku cakap lebih baik buat kerja rumah dengan ko dari pergi main dengan faiz, dan Bangcik..
alah, malaslah nak pergi rumah ko...Mak aku mesti tak bagi punya...
Alah, ko tanyalah mak ko elok-elok mesti die bagi...

Aku menuruti kata-kata kerol...

mak, kerol ajak pegi belajar umah die
Betul ke nak pegi buat keje sekolah, bukan nak pergi main
Kalo dah habis buat keja sekolah bole pergi main tak
Bole tapi siapkan dulu kerja sekolah
Baik...mak


Kerol tunggu jap mira nak pergi amik buku sekolah..
cepat sikit...


Sedang menyiapkan kerja sekolah di rumah kerol,

Hahkan ke bagus macam ni...asal cuti sekolah je satu hari lesap nampak batang hidung bile masa makan je...
mira...nak ape-ape tak...
takpelah mak cik
takpe nanti mak cik buatkan air rabina tuk mira ngan kerol
terima kasih mak cik...

Setelah mak cik imah beredar ke dapur...

kerol ko der hutang ngan aku... tau, hehehe
mane ade? memandang tepat mataku...
ade, sebab aku dah tolong ko hari ni.....jadi....
jadi ape?
aku nak ko setiap kali aku tolong ko, aku nak ko belikan aku ais krim....bole
alah, senang je...
ada lagi satu....aku nak ko ikut aku main dengan aku karang lepas siap keje sekolah ni...bole
alah, malaslah ko main ngan ina, kilah...pastu main masak-masaklah tah pe-pe jer main...
baik lain kali aku taknak tolong ko lagi
janganlah macam tu...ok-ok cuma hari ni jer

hah, borak ape tu...dah siap kerja sekolahnya kerol...
sikit lagi, orang dah dahaga ni..
hah, ni air rabinanya....

**********

bersambung....






Blogger Templates

27 August 2010

Cinta di Bulan Ramadhan #1

Bulan pose macam-macam plak idea untuk menulis datang...rase nak share sikit kisah dulu-dulu...sebelum tiba masa tuk ke bazar kat depan kolej ungku omar, boleh sharing sikit cite ngan korang kan...kan...

Sepanjang bulan pose ni korang de tak cite-cite seram, hik3... bukan nak menakutkan korang tapi time-time bulan pose juga kite semua berani cerita-cerita seram kan...kan almaklum sang syaitan di ikat kan..kan...
kalau bukan bulan puasa dengar jer nak citer seram terus tutup teling...hik hik, ingat dulu mase time kecik-kecik lepas sahur jer mesti ami ngan adik-adik tengok vcd cite-cite seram sampai anak jiran pun join sekali...seronok tul time tu....

ingat lagi ni antara cite yang kitorang tengok...haram tak seram langsung last tv yang tengok kitorang...hik3..


rindu betul time tu...

**********

Penatnya bulan pose ni, panas terik betul nak pakai payung tak malas lak, bak kate dalam cite musang berjanggut kite jangan takut dengan panas sebab panaslah yang menyuburkan tanaman tanpa panas pakaian tak kering, terpaksa gak redah cubaan menuntut ilmu.

"eh.. mamat ni pakai payung plak, purple plak tu kalo pink dah sah b... eh tak baik bulan pose ni"

Jauh plak kelas ni, ikut jalan shortcut pon same, alamak dah pukul 11.55 kene jalan cepat ni, kang tak sempat plak...

"maap....tak sengaja...."
"takpe, eh mirah tak sangka ko de gak kat sini"
"eh...eh....ko ke, hik3 berpayung lagi ko jaga kulit ke dik oii"
"jangan perli aku cam tu, jom g sekali kelas ko katne..."
"kat bk Q, "
"ak kat bk O, skali jalan, nak share payung x, bukan senang nak der orang payung kan ko pun"
"....bole je..." malu plak dah lah aku kutuk mamat ni tadi...hik3.

"mirah awak amik kos pe, duk kolej mane, tak bagitau kat saya pon masuk sini..?"
banyak nye soalan nak jawap lepas tu ber'awak' saya plak tu...lawak pon der.
"amik kos teknologi reka bentuk, duk kat kuo, mana tau ang pown kat sini...hik3"
"syumel"
"ape ang cakap" aku rase cam dengar die cakap sesuatu... hish...

pelik plak mamat ni, mase kecik suke buli aku skang bebaik plak ngan aku...pelik2.

"awak tak suke jumpa balik ngan saya ke, dah lame gak kite terpisah kan..."
"eh, takdelah... cume tak sangka jumpe ang kat sini, ang duduk kolej mana, amik kos pe.."
"nak tanya pun ingat taknak tanya... kat KUO gak, kos sejarah dah sem 3... awak abis kelas kul bape?"
"kul 1, tapi petang ni ade kelas lagi kul 4 sampai kul 6"
"oo...k lah lain kali jumpe lagi tau"
"trimas tuk payung tu....cantik warna purple...hik3"
"same-same kasih... tak abis2 nak perli saya kan"
"hik3..."

**********

bulan pose ni tak bole pergi main kat luar tau, hang jangan ikot si kerol tu merayau hang tu pompuan igat sikit diri tu... masih teringat lagi pesan mak sebelum pergi keje. Kalau hang ikot cakap mak , nanti buka pose mak bagi hang 5 ringgit hang bole pi beli ayam percik yang hang suka tu...ingat duduk umah jaga adik jangan bagi depa merayau...mak ngan abah hang nak pi keja dulu..

Pesan seorang ibu kepada anak sulungnya...sedang tengok citer kat tv tetiba terdengar suara kerol, 
"mirah jom pi main teng teng "  suara yang selalu membuatkan aku dimarahi ibu, 
"kerol aku tak mau lah main ngan hang nanti mak aku marah, lagi pon ak nak pose penuh"
"alah, hang ni aku tak der kawan nak main mamat, nizam sume duduk umah penat pose, jomlah"

hish, mamat ni tak paham ke apa ak cakap, nanti ibu tak bagi duit beli ayam percik...

"tak maulah, ak nak tengok citer ultraman ni...bapak aku baru beli tape ni kat pasar"
"ultraman ke, aku nak tengok gak...." terus masuk ke dalam rumahku ambil port sebelah adik aku wan.
"wei, ang ni tak tau malu, masuk umah orang...kan...kan."
"ala, biarlah... mak cik mah tak marah punya, kan wan kan..."

adik aku mengangguk mengiyakan kata-kata kerol, sebab terlampau khusyuk menonton tv.  Sungguh khusyuk kerol dan adikku menonton citer ultraman...siap membuat gaya fire ultraman bile ade aksi memfire raksasa.

**********

Nampaknya bahang panas hari ini masih belum hilang, patutnya hari ini bawa payung kulit ang bukanya tahan panat terik ni, rase macam jauh je nak menuju ke bus stop tadi takpalah ada orang payungkan skang ni mane ade...tahan jer lah.

Peluh mula menitik membasahi baju. Beg yang di bawa tidak mampu menjadi penahan untuk panas matahari yang terik. Aku cuba melalui jalan yang agak redup untuk mengelak kesan panas terik. Akhirnya sempat juga duduk di dalam bas beraircond tak perlu berebut seperti biasa, agaknya ramai yang telah pulang dulu kot.

Tempat duduk dalam bas bahagian tepi tingkap menjadi kegemaran, sambil menunggu bas bergerak ku mendengar mp3 dari handphonekukerana selagi belum penuh bas tidak akan bergerak.

"ada orang tak sebelah awak, bole saya duduk"
terdengar suara lelaki ku terus menoleh melihat milik siapakah pemilik suara itu.
"ouh... takde siapa tp kenapa tak duduk di tempat lain, kan banyak kosong lagi"
"saya nak duduk kat sebelah awak mirah..."terus duduk disebelahku.

Suka memaksa betul mamat ni, dahlah tak tau malu main duduk jer. Ku kembali menyimpan earphone ke dalam beg kuliah.

"sejuknya...kat luar panaskan.. tadi kelas habis pukul berapa saya ?"
"aha...lega duduk dalam ni, kul 6 hang baru habis kelaska ?"
"takdalah, dari perpustakaan der study group"
"rajin buat study groupkan...bile bas ni nak jalan nak pergi bazar takut tak sempat plak nak berbuka"
"jap lagi, nanti kite pergi bazar same bole tak...kawan saya sume dah beli takde teman, bole tak" sambil memandangku.
"hmmm, boleh jer  satu jalan je kot.."

Seperti biasa bila time berbuka pasti kawan baikku akan menghantar sms ucapan berbuka...dengan menu berbukanya.


       selamat berbuka puasa mirah,
       menu hr ni ayam percik dgn nasi ayam...
       jangan lupa beli ayam percik... huhu


Jahat tul kau kilah, takpe nanti jumpe aku minta ko belanja ayam percik. Tanpaku sedari bas telah pun berjalan, dan kini telah sampai ke destinasi yang di tuju...

"awak tak nak turun ke, ke nak berbuka dalam bas..."
terperanjat aku di buatnya. Tak sangka kerena asyik melayan sms si killah membuat ku terleka.
"dah sampai ekk..."
"tulah layan sangat sms tu, orang cakap ngan die pun wat tak endah je..."



Turun dari bas, aroma ayam percik harum menusuk hidung, membuatkan lagi perasaan ingin membeli makanan kegemaranku. Lautan manusia mengunjungi bazar petang itu, membuatkan aku berasa kurang selasa kerana terpaksa berhimpit - himpit.

" ramai plak kat bazar ni, awak ok tak mirah " Khairul merasa ketidak selesaan ku.
" hmm... ok jer, biasalah sesak-sesak ni kalo ramai orang kan...kan "

Idea untuk juadah berbuka puasa masih belum lagi muncul, kerana rambang mata melihat pelbagai juadah yang menarik. Gerai jangan cakaplah berderet menjual juadah dari pelbagai macam, dari kuih muih yang nama tidak ku kenali pun di jual, air pelbagai warna dan rasa.. lauk  pauk dari panggang hingga ke masak lemak turut menarik perhatianku. Tetapi satu gerai yang lebih menarik, Ayam percik abe 1...

"awak... takna beli ape-apa ke?"
" takpe saya nak beli air dulu.."
"ok, saya pergi sana kejap"

Kelibat khairul tenggelam di lautan penggunjung bazar, ku segera membeli air tebu untuk juadah berbuka puasa nanti. Lama juga menunggu giliran di gerai air tebu kerana ramai juga yang ingin membeli air tebu di gerai tersebut.

" mirah, nah ni untuk awak.... Ayam percik special "
" ehh... belikan untuk saya ke, trimas" mengambil bungkusan dari tangan khairul sambil melihat seketul ayam percik yang meliurkan.
"berapa nak bayar ni..."
" takpe saya belanja...nanti ada masa belanja saya pula.." tak sangka khairul masih mengingatinya...janji kami masa kecil...


Selesai membeli juadah berbuka aku pulang ke bilik, menyiapkan diri untuk berbuka puasa bersama rakan serumah ku.....

**********


Lame gak nak abis penulisan cerita pendek ku ini, maklumlah di bulan ramadhan kan... so nantikan sambungan cerita ni dalam entri yang akan datang...Ami nak sambung buat assignment programming C++... huhuhu...


//nama dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan ami atau sesiapa samada masih hidup di muka bumi ni ataupun yang telah pergi ke alam yang lain. Harap maklum. Sekian.\\

Blogger Templates      




Some people think love is so sweet, but their are blind by their love.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails