Salam Aidilfitri, terlebih dahulu ami ingin meminta maaf zahir dan batin jikalau ada tersalah bahasa atau terlebih tindakan yang tidak di sedari. Cerita pendek yang sedang di usahakan dah beberapa hari tidak dapat di siapkan dalam jangka masa yang sepatutnya, Maaf lagi sekali tapi cerita ini tetap juga akan di habiskan juga walaupun terdapat kekangan masa. Maklumlah waktu-waktu sekarang di bulan Syawal ini banyak pula undangan rumah terbuka daripada kawan-kawan. Tetapi aku akan cuba untuk menyelitkan masa untuk menyiapkan juga misi cerita pendek ini.
Baiklah kita berbalik kepada jalan cerita sebenar kita…Jadi teruskan membaca idea merapu ini…
Setelah beberapa bulan tidak pulang ke kampung halaman, rasa rindu kepada ibu dan bapa mula menguasai diri ini, apabila mendengar lagu raya yang berkumandang di corong speaker lappy roommate. Bagaimana keadaan ayah dan ibu di kampong, dah lama rasanya tidak pulang ke kampong sayu bila memikirkan keadaan kedua ibu bapa. Dua bulan lamanya emak dan ayah tidak menelifon anakanda yang berada di perantauan. Sejak masuk ke U kembali duit dalam poket sentiasa kering, credit telifon pon laju jer macam paip pecah tahu-tahu dah tak bole guna sebab takda kredit, nak kata bergayut dengan bf takde pon SMS pun jarang, tambahan pula bf pun belum wujud lagi…pelik ke mana agaknya menghilang kredit hp aku ni…salah satu persoalan yang tidak dapat diselesaikan.
Ketika asyik melayan isu-isu semasa di dalam minda yang makin bersimpul , hp ku yang sudah seminggu tidak berbunyi dek kerana tiada seorang pun yang menelefon ku kini berdering barulah aku sedar yang hpku masih elok berfungsi, segera ku menjawap telepon tersebut.
Assalammuailaikum, amira…
Wailaikumsalam, siapa yang bercakap ini.
Memang jenis yang takpernak nak tegok siapa yang menelefon dahulu.
Aii, lupa kawan lama kau ni, senyap sunyi sejak masuk U, lupa kat aku naah… aku ni Imahlah..jangan sampai aku tak mengaku ko Bakal kakak ipar aku kang, reject lah aku suruh abang aku cari lain..
Melihat ke screen telefon dan mula mengecam nombor yang tidak bernama…
Sorrylah imah aku tak save nombor hang, aku baru pakai hp baru hp hat lama aku dah jual. Ang sihat ke? Kenapa ang telepon aku malam – malam ni ang nak bagi tau ang dah nak kawin ke….hikhikhik
Takdelah, amboi bukan main lagi ang noo duk jauh-jauh pun sempat lagi nak menyakat , aku nak Tanya cuti merdeka nanti ang balik kampong tak…dah dekat dua bulan ang tak balik. Abang aku ni asyik Tanya pasal ang jer. Dia rindu kat ang lah tu…huhu..
Tak tau lagi, kepala otak aku tengah berserabut la ni, pening duk pikiq pasal assignment. Lagipun kemungkinan hari isnin lepas cuti mungkin aku ade test. So mungkin aku tak balik kot cuti raya baru balik.
Ang ni pun satu kat umah pun bukan nyer tak bole studykan…buatlah macam ang mase dip dulu tiap-tiap minggu ang balik bole lepak sama-sama…lagi satu ang dak jumpa tak kerol kat sana, yelah lepas darjah 6 suma dah berpecah ni pun aku dapat tau dari mak aku…dia masuk upsi
Ada, makin ensem ko nak aku adjustkan die tuk ko ke? Huhu..
Tak maulah mana nak letak si Zahid aku ni…ang ja ngan nak mengatal ngan si kerol tu… t aku report kat bakal suami ang baru tau
Banyaklah ang punya report, kalu ang nak tau abang ang tu pun berkenan ngan aku pun die nak yang cantik macam liyana, lagi pun aku tak suka kawin ngan askar ang tau citarasa aku kan.
Malaslah aku nak gaduh ngan ang ni, mesti ang nak menang… yelah ang kan dah jumpa first love ang mana nak pandang second love lagi dah. Sian abang aku…nanti kirim salam ngan si kerol anak mak tu…. Minta –minta termakbul cita –cita si kerol tu nanti...
Aminnn... dalam hati jer lah.
Mira aku nak kau jadi pengantin aku kali ni, aku rase ko yang paling sesuai.
Tindakkan kerol yang mengejut tersebut membuatkan jantung bagaikan terhenti. Betulkah apa yang berlaku, selalunya kerol tidak macam ni. Kenapa dia berubah.
Tak mahulah kalau aku kene kawin ngan kau, ko pilih imah jer lah.
Jika dibandingkan dengan imah, aku masih banyak kekurangan. Imah seorang gadis yang cantik, periang, tidak seperti aku hanya betemankan buku di sisi, muka yang jarang senyum. Ramai yang mengelarkan aku gadis sombong . jika dibandingkan dengan kerol yang tinggi muka manis berlesung pipit lebih kelihatan apabila dia senyum sungguh….
Mana bole nanti marah pula zahid,
Kerol masih lagi cuba memujukku supaya menerimanya sebagai pasangannya. Alangkah bertuahnya badan jika dapat menjadi pengantin kerol. Bagai mimpi.
Mira ko jadi jelah pengantin kerol, lagi pun korang sesuai tau, kalo kau taknak aku taknak main main dengan kau lagi.
Sememangnya imah sahabatku dunia akhirat, walaupun dia tahu perasan aku terhadap kerol ketika itu. Sememangnya aku malu tapi mahu. Aku terpaksa berpura-pura setuju dengan permintaan imah yang bagai mengugut aku, nak buat macam mana terpaksa ikut juga sebab taknak putus sahabat. Kawan menangis dan sanggup mendengar luahan hati aku ni memang susah nak di cari.
Oklah, kali ni jer lepas ni dan akan seterusnya kalo kau nak main kawin-kawin lagi ko ngan zahid jer jadi pengantin
Yes!!, terima kasih mira.
Ok, biar aku siapkan kau, yang lain sedia dengan watak sendiri.
Keriangan kerol apabila aku setuju mengikut pemintaan dia. Imah segera menyiapkan aku, rambutku yang panjang di sanggulkan kemudian di letakan beberapa kuntum bunga kertas, bibirku di letaknya gincu merah milik ibu imah entah macam mana dia dapat gincu tersebut. Kalaulah emak aku tahu ini habis aku. Kemudian selendang putih di letak menutupi muka supaya kelihatan seperti pengantin…
Pak ke….pung ke…pung ….
Bunyi kompang mulut menandakan ketibaan rombongan pengantin lelaki, aku diiringi ke pelamin. Buaian pokok tempat permainan kami di jadikan pelamin. Mukaku ditutup dengan daun yang besar entah daun mana si imah ni petik ada sahaja idea merapunya. Kerol tiba dengan megahnya kain pelekat di buat sampan dengan ikatan bunga dipinggangnya, dengan senyuman yang lebar menuju ke pelamin bagai seorang pahlawan telah Berjaya menawan hati puteri kayangan.
Kalaulah ianya betulkan bagus…
Bisiku pelahan sangka tidak didengari oleh imah tapi dia hanya tersenyum, menyindir aku. Mukanya bagai memberitahu “Amirah kau memang gatal…” lengkap dengan senyuman sindiran imah cukup menakutkan...
Tidurku terjaga dek mimpi yang penuh memori sewaktu kecil, air mata yang mengalir segera dikesat. Masing-masing sudah membesar dan menjadi dewasa rasanya semua lupa janji yang di buat sewaktu kecil. Aku masih menunggu kau untuk mengotai janji itu.
Azan subuh mulai kedengaran, segera aku melangkah ke bilik air
P/S: Semakin hari semakin semakin saying, semakin jauh semakin kuat ikatan itu. Cinta ibarat langit yang mendung, kemungkinan akan hujan kemungkinan juga bakal cerah kembali. Cinta itu sesuatu yang boleh di harapkan, tanpa cinta kita tidak akan dapat merasai sedih, gembira, marah, rindu dan kecewa. Tapi cinta juga membuatkan kita benci, jauhilah cinta yang membenci kerana ianya amat menyakitkan.
No comments:
Post a Comment