Showing posts with label kita. Show all posts
Showing posts with label kita. Show all posts

13 September 2010

Cinta di bulan ramadhan #3



Salam Aidilfitri,  terlebih dahulu ami ingin meminta maaf zahir dan batin jikalau ada tersalah bahasa atau terlebih tindakan yang tidak di sedari. Cerita pendek yang sedang di usahakan dah beberapa hari tidak dapat di siapkan dalam jangka masa yang  sepatutnya, Maaf lagi sekali tapi cerita ini tetap juga akan di habiskan juga walaupun terdapat kekangan masa. Maklumlah waktu-waktu sekarang di bulan Syawal ini banyak pula undangan rumah terbuka daripada kawan-kawan. Tetapi aku akan cuba untuk menyelitkan masa untuk menyiapkan juga misi cerita pendek ini.



Baiklah kita berbalik kepada jalan cerita sebenar kita…Jadi teruskan membaca idea merapu ini…


Setelah beberapa bulan tidak pulang ke kampung halaman,  rasa rindu kepada ibu dan bapa mula menguasai diri ini, apabila mendengar lagu raya yang berkumandang di corong speaker  lappy roommate. Bagaimana keadaan ayah dan ibu di kampong, dah lama rasanya tidak pulang ke kampong sayu bila memikirkan keadaan kedua ibu bapa. Dua bulan lamanya emak dan ayah tidak menelifon anakanda  yang berada di perantauan. Sejak masuk ke U kembali duit dalam poket sentiasa kering, credit telifon pon laju jer macam paip pecah tahu-tahu dah tak bole guna sebab takda kredit, nak kata bergayut dengan bf takde pon SMS pun jarang, tambahan pula bf pun belum wujud lagi…pelik ke mana agaknya menghilang kredit hp aku ni…salah satu persoalan yang tidak dapat diselesaikan.

Ketika asyik melayan isu-isu semasa di dalam minda yang makin bersimpul , hp ku yang sudah seminggu tidak berbunyi dek kerana tiada seorang pun yang menelefon ku kini berdering barulah aku sedar yang hpku masih elok berfungsi, segera ku menjawap telepon tersebut.

                Assalammuailaikum, amira…

             Wailaikumsalam, siapa yang bercakap ini.  

Memang jenis yang takpernak nak tegok siapa yang menelefon dahulu.

Aii, lupa kawan lama kau ni, senyap sunyi sejak masuk U, lupa kat aku naah… aku ni Imahlah..jangan sampai aku tak mengaku ko Bakal kakak ipar aku kang, reject lah aku suruh abang aku cari lain..

Melihat ke screen telefon dan mula mengecam nombor yang tidak bernama…

Sorrylah imah aku tak save nombor hang, aku baru pakai hp baru hp hat lama aku dah jual. Ang sihat ke? Kenapa ang telepon aku malam – malam ni ang nak bagi tau ang dah nak kawin ke….hikhikhik

Takdelah, amboi bukan main lagi ang noo duk jauh-jauh pun sempat lagi nak menyakat ,  aku nak Tanya cuti merdeka nanti ang balik kampong tak…dah dekat dua bulan ang tak balik. Abang aku ni asyik Tanya pasal ang jer. Dia rindu kat ang lah tu…huhu..

Tak tau lagi, kepala otak aku tengah berserabut la ni, pening duk pikiq pasal assignment. Lagipun kemungkinan hari isnin lepas cuti mungkin aku ade test. So mungkin aku tak balik kot cuti raya baru balik.
Ang ni pun satu kat umah pun bukan nyer tak bole studykan…buatlah macam ang mase dip dulu tiap-tiap minggu ang balik bole lepak sama-sama…lagi satu ang dak jumpa tak kerol kat sana, yelah lepas darjah 6 suma dah berpecah ni pun aku dapat tau dari mak aku…dia masuk upsi

Ada, makin ensem ko nak aku adjustkan die tuk ko ke? Huhu..

Tak maulah mana nak letak si Zahid aku ni…ang ja ngan nak mengatal ngan si kerol tu… t aku report kat bakal suami ang baru tau

Banyaklah ang punya report, kalu ang nak tau abang ang tu pun berkenan ngan aku pun die nak yang cantik macam liyana, lagi pun aku tak suka kawin ngan askar ang tau citarasa aku kan.

Malaslah aku nak gaduh ngan ang ni, mesti ang nak menang… yelah ang kan dah jumpa first love ang mana nak pandang second love lagi dah. Sian abang aku…nanti kirim salam ngan si kerol anak mak tu…. Minta –minta termakbul cita –cita si kerol tu nanti...

Aminnn... dalam hati jer lah.



                Mira aku nak kau jadi pengantin aku kali ni, aku rase ko yang paling sesuai.

Tindakkan kerol yang mengejut tersebut membuatkan jantung bagaikan terhenti. Betulkah apa yang berlaku, selalunya kerol tidak macam ni. Kenapa dia berubah.


                Tak mahulah kalau aku kene kawin ngan kau, ko  pilih imah jer lah.

Jika dibandingkan dengan imah, aku masih banyak kekurangan. Imah seorang gadis yang cantik, periang, tidak seperti aku hanya betemankan buku di sisi, muka yang jarang senyum. Ramai yang mengelarkan aku gadis sombong . jika dibandingkan dengan kerol yang tinggi muka manis berlesung pipit lebih kelihatan apabila dia senyum sungguh….

                Mana bole nanti marah pula zahid,

Kerol masih lagi cuba memujukku supaya menerimanya sebagai pasangannya. Alangkah bertuahnya badan jika dapat menjadi pengantin kerol. Bagai mimpi.

Mira ko jadi jelah pengantin  kerol, lagi pun korang sesuai tau, kalo kau taknak aku taknak main main dengan kau lagi.

Sememangnya imah sahabatku dunia akhirat, walaupun dia tahu perasan aku terhadap kerol ketika itu. Sememangnya aku malu tapi mahu. Aku terpaksa berpura-pura setuju dengan permintaan imah yang bagai  mengugut aku, nak buat macam mana terpaksa ikut juga sebab taknak putus sahabat. Kawan menangis dan sanggup mendengar luahan hati aku ni memang susah nak di cari.

Oklah, kali ni jer lepas ni dan akan seterusnya kalo kau nak main kawin-kawin lagi ko ngan zahid jer jadi pengantin

Yes!!, terima kasih mira.

Ok, biar aku siapkan kau, yang lain sedia dengan watak sendiri.

Keriangan kerol apabila aku setuju mengikut pemintaan dia. Imah segera menyiapkan aku, rambutku yang panjang di sanggulkan kemudian di letakan beberapa kuntum bunga kertas, bibirku di letaknya gincu merah milik ibu imah entah macam mana dia dapat gincu tersebut. Kalaulah emak aku tahu ini habis aku. Kemudian selendang putih di letak menutupi muka supaya kelihatan seperti pengantin…

                                Pak ke….pung ke…pung ….


Bunyi kompang mulut menandakan ketibaan rombongan pengantin lelaki, aku diiringi ke pelamin. Buaian pokok tempat permainan kami di jadikan pelamin. Mukaku ditutup dengan daun yang besar entah daun mana si imah ni petik ada sahaja idea merapunya. Kerol tiba dengan megahnya kain pelekat di buat sampan dengan ikatan bunga dipinggangnya, dengan senyuman yang lebar menuju ke pelamin bagai seorang pahlawan telah Berjaya menawan hati puteri kayangan.

                Kalaulah ianya betulkan bagus…

Bisiku pelahan sangka tidak didengari oleh imah tapi dia hanya tersenyum, menyindir aku. Mukanya bagai memberitahu “Amirah kau memang gatal…” lengkap dengan senyuman sindiran imah cukup menakutkan...


Tidurku terjaga dek mimpi yang penuh memori sewaktu kecil, air mata yang mengalir segera dikesat. Masing-masing sudah membesar dan menjadi dewasa rasanya semua lupa janji yang di buat sewaktu kecil. Aku masih menunggu kau untuk mengotai janji itu.

Azan subuh mulai kedengaran, segera aku melangkah ke bilik air


Bersambung...


P/S: Semakin hari semakin semakin saying, semakin jauh semakin kuat ikatan itu. Cinta ibarat langit yang mendung, kemungkinan akan hujan kemungkinan juga bakal cerah kembali. Cinta itu sesuatu yang boleh di harapkan, tanpa cinta kita tidak akan dapat merasai sedih, gembira, marah, rindu dan kecewa. Tapi cinta juga membuatkan kita benci, jauhilah cinta yang membenci kerana ianya amat menyakitkan.

Blogger Templates 


               

07 September 2010

Cinta di Bulan Ramadhan #2

Dekat 5 minit gaklah menenung tuk mula menaip sambungan cite pendek 'Cinta di bulan Ramadhan' ni. Dah tinggal beberapa hari gak sebenarnya. Sambil menenung teringat der lagi assignment nak di buat ropenya, tapi kenapa masih menulis di blogger ni... tak peduli angin semangat memblogging dah datang jadi terpaksalah kita teruskan....

Ok...ok sambung pada cite pendek yang terbengkalai aritu....

**********

Lama juga menunggu azan, juadah dah terhidang di meja,  melihat jam tangan baru pukul 6.40 senior ku ikin masih memasak di dapur. Baik buka lappy dulu layan facebook kejap...

"ader friend request "

Dari mane die jumpa facebook aku ni...macam mana ni  nak approve ke tak...approve je lah...

Sedang asyik membalas komen-komen dari kawan, dapat satu notification...kerol Khairol write on your wall....


        thanks for the approve, keep in touch.
        selamat berbuka puasa, jgn lupa mkn ayam percik tu.

Aku pon balas dengan ikhlas di wall kerol

       ur wlcm, selamat berbuka puasa juga, halalkan ekk ayam percik ni
       thanks sebab belanja ayam percik ni

Tanpa disedari azan pon telah berkumandang, menandakan waktu berbuka bagi kawasan tg malim dgn sewaktu denganya........


**********
cerita Cinderella sungguh menarik perhatian ku, mata tidak lepas pandang dari kaca television. Dari permulaan cerita hingga kerja sekolah yang di buat dari di biarkan. Cinderella mempunyai 2 orang kakak tiri yang sangat jahat dan ibu tiri yang zalim. Mereka suka membuli cinderella sebab mencemburui kecantikan cinderella, tetapi dia di bantu oleh beberapa ekor haiwan yang juga menjadi sahabat karibnya.

Mira....ooo...mira...
kakak, kerol pangil ko ni....
ish... sebok ke jer kerol ni....

Terpaksa ku meninggalkan cerita cinderella tersebut..

ade pe kerol??
aku nak ajak ko pergi umah aku, kite buat kerja rumah sama-sama...mak aku cakap lebih baik buat kerja rumah dengan ko dari pergi main dengan faiz, dan Bangcik..
alah, malaslah nak pergi rumah ko...Mak aku mesti tak bagi punya...
Alah, ko tanyalah mak ko elok-elok mesti die bagi...

Aku menuruti kata-kata kerol...

mak, kerol ajak pegi belajar umah die
Betul ke nak pegi buat keje sekolah, bukan nak pergi main
Kalo dah habis buat keja sekolah bole pergi main tak
Bole tapi siapkan dulu kerja sekolah
Baik...mak


Kerol tunggu jap mira nak pergi amik buku sekolah..
cepat sikit...


Sedang menyiapkan kerja sekolah di rumah kerol,

Hahkan ke bagus macam ni...asal cuti sekolah je satu hari lesap nampak batang hidung bile masa makan je...
mira...nak ape-ape tak...
takpelah mak cik
takpe nanti mak cik buatkan air rabina tuk mira ngan kerol
terima kasih mak cik...

Setelah mak cik imah beredar ke dapur...

kerol ko der hutang ngan aku... tau, hehehe
mane ade? memandang tepat mataku...
ade, sebab aku dah tolong ko hari ni.....jadi....
jadi ape?
aku nak ko setiap kali aku tolong ko, aku nak ko belikan aku ais krim....bole
alah, senang je...
ada lagi satu....aku nak ko ikut aku main dengan aku karang lepas siap keje sekolah ni...bole
alah, malaslah ko main ngan ina, kilah...pastu main masak-masaklah tah pe-pe jer main...
baik lain kali aku taknak tolong ko lagi
janganlah macam tu...ok-ok cuma hari ni jer

hah, borak ape tu...dah siap kerja sekolahnya kerol...
sikit lagi, orang dah dahaga ni..
hah, ni air rabinanya....

**********

bersambung....






Blogger Templates

10 March 2010

Love On Wednesday.

Pagi ini aku lewat bangun untuk menjalankan rutin harian. Dengan sepantas kilat aku bersiap, supaya tidak terlewat untuk ke kelas. Malam tadi mimpi yang sangat indah, si dia yang aku puja akhirnya meluahkan perasaanya terhadapku. Wah, romantiknya bawa aku pergi candle light diner kat hotel siap ada music band pastu main lagu romantik. 

Alangkah bertuah badan jika mimpi itu bertukar jadi realiti. Si dia ni pun satu kalau lalu sebelah aku tu, tegurlah tak kan nak jadi cam perigi nak mencari timba. Kalau aku tegur pula di katanya aku ni GATAL, GEDIK pula....susah bila agaknya nak sampai jodoh aku.Aku ni pemalu orangnya.. :P




kalo sudi sambil baca sambil layan lagu


**************

Apalah malang nasibku hari ni, datang jer dah kene tengking dengan Pak guard. Aku dah minta maaf datang lambat pun nak bising lagi, bukanya aku lewat setengah jam baru 10 minit. Tambahan pengajar aku belum masuk lagi, datang-datang je kata kelas tukar forword subjek lain. Kelas autocad diganti dengan kelas CIMS, takpe sabar jer, walaupun pengurusan akhir-akhir ni semacam jer. Penat jer aku bawak laptop yang berat ni,ingat nak guna buat autocad kat laptop sendiri tapi kene pula tukar kelas  kalau berguna takpe juga. Nasib baik subjek robotik, CIMS subjek yang aku tunggu dari mula masuk belajar kat NSSDC.



Semasa berjalan menuju ke kelas roboti/cim 810, terselisih pulak dengan si dia. Wah, handsomenya cair aku di buatnya,  aku pun apa lagi control ayulah konon2 jalan kepit...hehe tetiba ada orang panggil nama aku,"sape yang panggil aku, terkujat aku lari fokus nak control ayu...." dalam hati jelah. aku pun toleh belakang, si dia panggil aku.....sukanya... :D



"mirah..."
"awak ni amirahkan.."dengan memberikan senyuman manis..

aku dah blushing abis...dengan malu-malu meow balas senyuman sambil mengangguk, maklumlah malu...


"Janganlah malu-malu saya bukan makan orang pun, tadi awak kene marah dengan pak guard ke siannya awak, tak patut betul die tengking awak macam tu"

Perihatin sungguh Mamat seorang ni, memang lelaki idaman, dahlah muka handsome memang lelaki pujaanku. Bertambahlah perasaan sukaku pada mu.

"aha, datang lewat 10 minit jer, tapi marah tengking orang pulak tu, bukan saya jer terlewat ade juga budak lain lebih lewat dari saya tak pula dia bising"

"Oklah, Encik yang ajar kelas saya pun dah masuk. nanti kite borak lagi yer." sambil memberi senyuman yang membuatkan jantungku hampir cair.

*************

Kelas hari ni sangat seronok dan menarik, seumur hidup kali pertama mengawal robot industri, walaupun pada mulanya agak gementar takut robot-robot tu hilang kawalan dan mula menganas. Pada mulanya kelas memang terasa bosan Encik Shah menerangkan tentang kegunaan, cara mengendalikan, keselamatan dalam bengkel, 4 K (KEMALANGAN, KECEDERAAN, KECELAKAAN, KEMATIAN). 

Bagi aku 4K itu bole ditafsirkan kepada KEBOSANAN, KEBLURAN, KEBINGGUNGAN, KENGANTUKAN. Mana taknya waktu malam jer susah nak tidur, jadi tak bole tidur layan movie sampai 2 ke 3 pagi tulah yang bangun lambat. Dalam kelas mata nyaris terlelap, kang tak pasal kene pakai helmet berbau pulak....eiii tamolah.....

**************

Hati aku cair lagi bila nampak dia kat kantin, aha, serius aku tak boleh tengok muka die handsome gile macam mamat japan mungkin bayangan aku je kot, kan ke aku ni terlampau addicted dengan japan boys. Dari jauh aku, nampak dia, tanpa aku sedar pandangan aku dan dia bertembung selama beberapa saat, aku rasa sesuatu bisikan dari si dia. Tapi cuma beberapa saat, kerana kawannya menegurnya. 

muka si die ade  iras-iras ikuta toma, bila die senyum lagi 
sama

Selesai makan, sewaktu menuju kembali ke kelas, si dia sempat memberi satu senyuman yang membuatku cair sekali lagi, kini aku rasa tidak dapat berpijak di bumi nyata lagi....kemudian dia berbisik sesuatu kepada aku..

"Sebelum balik saya nak jumpa awak. Tunggu dekat parking saya nak cakap sesuatu.."dia terus beredar ke kelasnya.

Apa agaknya dia nak cakap kat aku ni, sepanjang waktu kelas aku tidak dapat memberi tumpuan, aku asyik memikirkan hal itu. Apa yang Encik Shah cakap tidak dapat masuk ke otak. Masuk telingga kanan Keluar telingga kiri, nasib baik takde orang yang perasan.

*****************

Selepas selesai makan tengah hari aku, bergegas ke tempat parking. Aku nampak si dia macam lama menunggu, reaksi di mukanya membuatkan aku risau. Lidahku kelu seribu bahasa.

"Dah, lama saya tunggu awak, saya ingat awak taknak datang..."sambil mengelap peluh di dahi, Mungkin di sebabkan cuaca terlampau panas. Rasa seba salah pula sebab membuatkan si dia menunggu.

"Urmm... awak saya minta maaf, terlambat pula makan tadi, maaf sangat-sangat"
"oh, yeke saya makan awal kot, takpe asal awak datang dah cukup buat saya rasa gembira" sekali lagi aku blushing bila melihat si dia dengan senyuman yang meleret. Kami pilih tempat yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Kononnya si dia nak kan privacy.

"Apa sebenarnya awak nak cakap dengan saya" 

"Sebenarnya, saya......sukakan awak"sambil memegang kedua-dua bahuku. Terkejut juga aku sambil menepis tangannya dari bahuku. Sudah lebih nak pegang-pegang pula.

"Maaf, Mirah, suka saya tak..." dia melihat tepat ke dua mataku inginkan jawapan. Aku berfikir sejenak aku mimpike, cubit pipi rasa sakit pula...betul ni. "Amirah fikir betul-betul, ini ke yang kau mahukan" cuba menyoal dalam hati, si dia masih menunggu dengan penuh sabar.

"Saya......suuka...."

Tiba-tiba aku rasa pandanganku mulai gelap, muka si dia kian kabur dan semakin menjauhi ku....ku dengar sayup-sayup namaku dipanggil....

"MIRAH....mirah...." semakin lama suara itu hilang dari pendengaran ku kini semuanya gelap tiada bayangan si  dia.



******************

Jam di telah menunjukkan 6.50 pagi,....mampus aku, bangun lambat lagi. Alarm handset sengal ni tak bunyi pulak,.....Bangun terus capai tuala.....selamat beg dah packing, Laptop dan barang yang di perlukan sume sudah siap.

YOSHH!!, FIGHTING!! Bersemangat untuk hari yang indah.


p/s: Semangat untuk merapu kian bertambah, dan harap maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata aku. Entry yang aku tulis  kali ini terdapat unsur-unsur fantasi dan juga realiti ade yang betul juga. Permulaan cerita di atas, aku nak ending nya menjadi sedih, tetapi aku tidak dapat mencipta suasana sedih sebab aku bukannya jiwang sangat, tapi kuat merapu. Oleh itu, endingnya merapu sikit. Aku nak mintalah pendapat korang, yang sudi baca atau singgah jer tolong comment ker atau bagi cadangan untuk menarikkan lagi blog ini, aku suka kritikan yang membina tapi tidak membunuh. Bagi cadangan kat fanpage atau kat sini pun boleh....
                                      
         
Blogger Templates

16 August 2009

Semakin Hampir

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
ramadhan akan kembali, so to all To all muslimin and muslimat in Malaysia and Dunia! Saya ucapkan selamat menyambut Bulan ramadhan yg bakal tiba.


08 May 2008

what type of your music?





cam dah lame xmgupdate blog ni, busy sangat2. maklumlah masih belajo. so the topic is " cam tajuk lah" jadi bace tajuk dulu...
k macam2 org suke dgr lagu time tgah bosan, so mase tgh bosan ami mesti layan lagu jpon, (sampai ader org tegur) band yg menjadi pujaan spt abingdon boys school, orange range, aqua timez, l'arc~en~ciel sume trpengaruh kat anime lah..huhu..

antara lagu yg amat digemari adlh:-
- abingdon boys school:- innocent sorrow
- l'arc~en~ciel:- link, driver high
- orange range :- ikenai taiyo,Asterisk

29 October 2007

Meet UNCLE hussain










Song/Lagu: Lagu Untukmu by Meet Uncle Hussain
Lyrics/Lirik:

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

*
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

(ulang *)

Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa…hoa….hoa…..

(ulang *)

++download here++

>> meet uncle hussain - lagu untukmu.mp3 <<
>>
Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah.mp3 << ost kita at 8tv


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails