Assalamualaikum, lama juga rasanya tak update blogger..malas dan pelbagai masalah melanda kebelakangan ni...walaupun dah agak lam menyepi tak semestinya im dead...Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa bagi orang muslim di seluruh dunia. Rasa rindu nak menulis dekat blog, wahaha...walaupun aku bermasalah dengan blogger skang ni, lappy aku yang lembab ke memang problem dari blogger sendiri...
Bulan depan dah nak raya....kembali ke dunia belajar aku, lepas enjoy cuti 4 bulan yang sangat lama dan membosankan every days the same activitiesFb maaf lah beb, den bukak seminggu adelah total semua 5 jam, tak lebih bukan dari itu, tak percaya sudah.....Sebenarnya banyak benda yang nak tulis untuk entri kali ni, tapi aku taknak kalau korang terpaksa membaca entri aku penjang berjela pulakkan..korang tak kesah...sanggup baca entri berjela-jela aku ni. Kalau nak tulis entri berjela-jela, memag tak lah.
************
Jadi aku mulakan kisah sedih familyku, pada tanggal 26.julai.2011 perginya seorang insan dalam hidup aku. Arwah adikku Muhammad Ammar telah kembali ke rahmatullah. Arwah meninggalkan kami sekeluarga setelah selesai menjalani pembedahan tulang belakang arwah, akibat daripada kemalangan yang menyebabkan tulang belakangnya patah serta lumpuh dari paras pinggang hingga kedua-dua belah kaki arwah. Sempena bulan yang mulia ini, kak long doakan semoga roh arwah di tempatkan dalam
kalangan orang yang beriman...Amin.. Kami adik beradik sentiasa merindui arwah, walaupun aku telah kehilangan seorang adik tapi aku masih ada 4 orang adik.
Semua kenangan bersama akan kekal selagi hayat dikandung badan. Aku redha dengan segala dugaanNya...disebalik dugaan yang berat ini mungkin ada hikmahNya.
Tak banyak gambar yang ada dlm simpanan
************
Oklah, selain dari aku dah ade blog baru, ni die tumblr aku, memang tak lah kalo aku cite panjang so just check in...ok.
Bila ingat waktu dulu-dulu time rajin-rajin, aktif dengan blogger, bulan puasa tahun lepas aku ada hasilkan ceritera cinta la konon-konon. Tapi haram, berhenti tengah jalan, puncanya sebab masa tu aku baru continue study so busy sikit, nak tulis blog pun tak sempat. Tahun ni aku takde idea ceritera nak share so aku share beberapa video yang menarik untuk di tonton di bulan puasa, bukan cerita upin ipin or perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa korang. Just enjoy...!
Pagi ini aku lewat bangun untuk menjalankan rutin harian. Dengan sepantas kilat aku bersiap, supaya tidak terlewat untuk ke kelas. Malam tadi mimpi yang sangat indah, si dia yang aku puja akhirnya meluahkan perasaanya terhadapku. Wah, romantiknya bawa aku pergi candle light diner kat hotel siap ada music band pastu main lagu romantik.
Alangkah bertuah badan jika mimpi itu bertukar jadi realiti. Si dia ni pun satu kalau lalu sebelah aku tu, tegurlah tak kan nak jadi cam perigi nak mencari timba. Kalau aku tegur pula di katanya aku ni GATAL, GEDIK pula....susah bila agaknya nak sampai jodoh aku.Aku ni pemalu orangnya.. :P
kalo sudi sambil baca sambil layan lagu
**************
Apalah malang nasibku hari ni, datang jer dah kene tengking dengan Pak guard. Aku dah minta maaf datang lambat pun nak bising lagi, bukanya aku lewat setengah jam baru 10 minit. Tambahan pengajar aku belum masuk lagi, datang-datang je kata kelas tukar forword subjek lain. Kelas autocad diganti dengan kelas CIMS, takpe sabar jer, walaupun pengurusan akhir-akhir ni semacam jer. Penat jer aku bawak laptop yang berat ni,ingat nak guna buat autocad kat laptop sendiri tapi kene pula tukar kelas kalau berguna takpe juga. Nasib baik subjek robotik, CIMS subjek yang aku tunggu dari mula masuk belajar kat NSSDC.
Semasa berjalan menuju ke kelas roboti/cim 810, terselisih pulak dengan si dia. Wah, handsomenya cair aku di buatnya, aku pun apa lagi control ayulah konon2 jalan kepit...hehe tetiba ada orang panggil nama aku,"sape yang panggil aku, terkujat aku lari fokus nak control ayu...." dalam hati jelah. aku pun toleh belakang, si dia panggil aku.....sukanya... :D
"mirah..."
"awak ni amirahkan.."dengan memberikan senyuman manis..
"Janganlah malu-malu saya bukan makan orang pun, tadi awak kene marah dengan pak guard ke siannya awak, tak patut betul die tengking awak macam tu"
Perihatin sungguh Mamat seorang ni, memang lelaki idaman, dahlah muka handsome memang lelaki pujaanku. Bertambahlah perasaan sukaku pada mu.
"aha, datang lewat 10 minit jer, tapi marah tengking orang pulak tu, bukan saya jer terlewat ade juga budak lain lebih lewat dari saya tak pula dia bising"
"Oklah, Encik yang ajar kelas saya pun dah masuk. nanti kite borak lagi yer." sambil memberi senyuman yang membuatkan jantungku hampir cair.
*************
Kelas hari ni sangat seronok dan menarik, seumur hidup kali pertama mengawal robot industri, walaupun pada mulanya agak gementar takut robot-robot tu hilang kawalan dan mula menganas. Pada mulanya kelas memang terasa bosan Encik Shah menerangkan tentang kegunaan, cara mengendalikan, keselamatan dalam bengkel, 4 K (KEMALANGAN, KECEDERAAN, KECELAKAAN, KEMATIAN).
Bagi aku 4K itu bole ditafsirkan kepada KEBOSANAN, KEBLURAN, KEBINGGUNGAN, KENGANTUKAN. Mana taknya waktu malam jer susah nak tidur, jadi tak bole tidur layan movie sampai 2 ke 3 pagi tulah yang bangun lambat. Dalam kelas mata nyaris terlelap, kang tak pasal kene pakai helmet berbau pulak....eiii tamolah.....
**************
Hati aku cair lagi bila nampak dia kat kantin, aha, serius aku tak boleh tengok muka die handsome gile macam mamat japan mungkin bayangan aku je kot, kan ke aku ni terlampau addicted dengan japan boys. Dari jauh aku, nampak dia, tanpa aku sedar pandangan aku dan dia bertembung selama beberapa saat, aku rasa sesuatu bisikan dari si dia. Tapi cuma beberapa saat, kerana kawannya menegurnya.
muka si die ade iras-iras ikuta toma, bila die senyum lagi
sama
Selesai makan, sewaktu menuju kembali ke kelas, si dia sempat memberi satu senyuman yang membuatku cair sekali lagi, kini aku rasa tidak dapat berpijak di bumi nyata lagi....kemudian dia berbisik sesuatu kepada aku..
"Sebelum balik saya nak jumpa awak. Tunggu dekat parking saya nak cakap sesuatu.."dia terus beredar ke kelasnya.
Apa agaknya dia nak cakap kat aku ni, sepanjang waktu kelas aku tidak dapat memberi tumpuan, aku asyik memikirkan hal itu. Apa yang Encik Shah cakap tidak dapat masuk ke otak. Masuk telingga kanan Keluar telingga kiri, nasib baik takde orang yang perasan.
*****************
Selepas selesai makan tengah hari aku, bergegas ke tempat parking. Aku nampak si dia macam lama menunggu, reaksi di mukanya membuatkan aku risau. Lidahku kelu seribu bahasa.
"Dah, lama saya tunggu awak, saya ingat awak taknak datang..."sambil mengelap peluh di dahi, Mungkin di sebabkan cuaca terlampau panas. Rasa seba salah pula sebab membuatkan si dia menunggu.
"Urmm... awak saya minta maaf, terlambat pula makan tadi, maaf sangat-sangat"
"oh, yeke saya makan awal kot, takpe asal awak datang dah cukup buat saya rasa gembira" sekali lagi aku blushing bila melihat si dia dengan senyuman yang meleret. Kami pilih tempat yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Kononnya si dia nak kan privacy.
"Apa sebenarnya awak nak cakap dengan saya"
"Sebenarnya, saya......sukakan awak"sambil memegang kedua-dua bahuku. Terkejut juga aku sambil menepis tangannya dari bahuku. Sudah lebih nak pegang-pegang pula.
"Maaf, Mirah, suka saya tak..." dia melihat tepat ke dua mataku inginkan jawapan. Aku berfikir sejenak aku mimpike, cubit pipi rasa sakit pula...betul ni. "Amirah fikir betul-betul, ini ke yang kau mahukan" cuba menyoal dalam hati, si dia masih menunggu dengan penuh sabar.
"Saya......suuka...."
Tiba-tiba aku rasa pandanganku mulai gelap, muka si dia kian kabur dan semakin menjauhi ku....ku dengar sayup-sayup namaku dipanggil....
"MIRAH....mirah...." semakin lama suara itu hilang dari pendengaran ku kini semuanya gelap tiada bayangan si dia.
******************
Jam di telah menunjukkan 6.50 pagi,....mampus aku, bangun lambat lagi. Alarm handset sengal ni tak bunyi pulak,.....Bangun terus capai tuala.....selamat beg dah packing, Laptop dan barang yang di perlukan sume sudah siap.
YOSHH!!, FIGHTING!! Bersemangat untuk hari yang indah.
p/s: Semangat untuk merapu kian bertambah, dan harap maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata aku. Entry yang aku tulis kali ini terdapat unsur-unsur fantasi dan juga realiti ade yang betul juga. Permulaan cerita di atas, aku nak ending nya menjadi sedih, tetapi aku tidak dapat mencipta suasana sedih sebab aku bukannya jiwang sangat, tapi kuat merapu. Oleh itu, endingnya merapu sikit. Aku nak mintalah pendapat korang, yang sudi baca atau singgah jer tolong comment ker atau bagi cadangan untuk menarikkan lagi blog ini, aku suka kritikan yang membina tapi tidak membunuh. Bagi cadangan kat fanpage atau kat sini pun boleh....