Pagi ini aku lewat bangun untuk menjalankan rutin harian. Dengan sepantas kilat aku bersiap, supaya tidak terlewat untuk ke kelas. Malam tadi mimpi yang sangat indah, si dia yang aku puja akhirnya meluahkan perasaanya terhadapku. Wah, romantiknya bawa aku pergi candle light diner kat hotel siap ada music band pastu main lagu romantik.
Alangkah bertuah badan jika mimpi itu bertukar jadi realiti. Si dia ni pun satu kalau lalu sebelah aku tu, tegurlah tak kan nak jadi cam perigi nak mencari timba. Kalau aku tegur pula di katanya aku ni GATAL, GEDIK pula....susah bila agaknya nak sampai jodoh aku.Aku ni pemalu orangnya.. :P
kalo sudi sambil baca sambil layan lagu
**************
Apalah malang nasibku hari ni, datang jer dah kene tengking dengan Pak guard. Aku dah minta maaf datang lambat pun nak bising lagi, bukanya aku lewat setengah jam baru 10 minit. Tambahan pengajar aku belum masuk lagi, datang-datang je kata kelas tukar forword subjek lain. Kelas autocad diganti dengan kelas CIMS, takpe sabar jer, walaupun pengurusan akhir-akhir ni semacam jer. Penat jer aku bawak laptop yang berat ni,ingat nak guna buat autocad kat laptop sendiri tapi kene pula tukar kelas kalau berguna takpe juga. Nasib baik subjek robotik, CIMS subjek yang aku tunggu dari mula masuk belajar kat NSSDC.
Semasa berjalan menuju ke kelas roboti/cim 810, terselisih pulak dengan si dia. Wah, handsomenya cair aku di buatnya, aku pun apa lagi control ayulah konon2 jalan kepit...hehe tetiba ada orang panggil nama aku,"sape yang panggil aku, terkujat aku lari fokus nak control ayu...." dalam hati jelah. aku pun toleh belakang, si dia panggil aku.....sukanya... :D
"mirah..."
"awak ni amirahkan.."dengan memberikan senyuman manis..
aku dah blushing abis...dengan malu-malu meow balas senyuman sambil mengangguk, maklumlah malu...
"Janganlah malu-malu saya bukan makan orang pun, tadi awak kene marah dengan pak guard ke siannya awak, tak patut betul die tengking awak macam tu"
Perihatin sungguh Mamat seorang ni, memang lelaki idaman, dahlah muka handsome memang lelaki pujaanku. Bertambahlah perasaan sukaku pada mu.
"aha, datang lewat 10 minit jer, tapi marah tengking orang pulak tu, bukan saya jer terlewat ade juga budak lain lebih lewat dari saya tak pula dia bising"
"Oklah, Encik yang ajar kelas saya pun dah masuk. nanti kite borak lagi yer." sambil memberi senyuman yang membuatkan jantungku hampir cair.
*************
Kelas hari ni sangat seronok dan menarik, seumur hidup kali pertama mengawal robot industri, walaupun pada mulanya agak gementar takut robot-robot tu hilang kawalan dan mula menganas. Pada mulanya kelas memang terasa bosan Encik Shah menerangkan tentang kegunaan, cara mengendalikan, keselamatan dalam bengkel, 4 K (KEMALANGAN, KECEDERAAN, KECELAKAAN, KEMATIAN).
Bagi aku 4K itu bole ditafsirkan kepada KEBOSANAN, KEBLURAN, KEBINGGUNGAN, KENGANTUKAN. Mana taknya waktu malam jer susah nak tidur, jadi tak bole tidur layan movie sampai 2 ke 3 pagi tulah yang bangun lambat. Dalam kelas mata nyaris terlelap, kang tak pasal kene pakai helmet berbau pulak....eiii tamolah.....

**************
Hati aku cair lagi bila nampak dia kat kantin, aha, serius aku tak boleh tengok muka die handsome gile macam mamat japan mungkin bayangan aku je kot, kan ke aku ni terlampau addicted dengan japan boys. Dari jauh aku, nampak dia, tanpa aku sedar pandangan aku dan dia bertembung selama beberapa saat, aku rasa sesuatu bisikan dari si dia. Tapi cuma beberapa saat, kerana kawannya menegurnya.
Selesai makan, sewaktu menuju kembali ke kelas, si dia sempat memberi satu senyuman yang membuatku cair sekali lagi, kini aku rasa tidak dapat berpijak di bumi nyata lagi....kemudian dia berbisik sesuatu kepada aku..
"Sebelum balik saya nak jumpa awak. Tunggu dekat parking saya nak cakap sesuatu.."dia terus beredar ke kelasnya.
Apa agaknya dia nak cakap kat aku ni, sepanjang waktu kelas aku tidak dapat memberi tumpuan, aku asyik memikirkan hal itu. Apa yang Encik Shah cakap tidak dapat masuk ke otak. Masuk telingga kanan Keluar telingga kiri, nasib baik takde orang yang perasan.
*****************
Selepas selesai makan tengah hari aku, bergegas ke tempat parking. Aku nampak si dia macam lama menunggu, reaksi di mukanya membuatkan aku risau. Lidahku kelu seribu bahasa.
"Dah, lama saya tunggu awak, saya ingat awak taknak datang..."sambil mengelap peluh di dahi, Mungkin di sebabkan cuaca terlampau panas. Rasa seba salah pula sebab membuatkan si dia menunggu.
"Urmm... awak saya minta maaf, terlambat pula makan tadi, maaf sangat-sangat"
"oh, yeke saya makan awal kot, takpe asal awak datang dah cukup buat saya rasa gembira" sekali lagi aku blushing bila melihat si dia dengan senyuman yang meleret. Kami pilih tempat yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Kononnya si dia nak kan privacy.
"Apa sebenarnya awak nak cakap dengan saya"
"Sebenarnya, saya......sukakan awak"sambil memegang kedua-dua bahuku. Terkejut juga aku sambil menepis tangannya dari bahuku. Sudah lebih nak pegang-pegang pula.
"Maaf, Mirah, suka saya tak..." dia melihat tepat ke dua mataku inginkan jawapan. Aku berfikir sejenak aku mimpike, cubit pipi rasa sakit pula...betul ni. "Amirah fikir betul-betul, ini ke yang kau mahukan" cuba menyoal dalam hati, si dia masih menunggu dengan penuh sabar.
"Saya......suuka...."
Tiba-tiba aku rasa pandanganku mulai gelap, muka si dia kian kabur dan semakin menjauhi ku....ku dengar sayup-sayup namaku dipanggil....
"MIRAH....mirah...." semakin lama suara itu hilang dari pendengaran ku kini semuanya gelap tiada bayangan si dia.
******************
Jam di telah menunjukkan 6.50 pagi,....mampus aku, bangun lambat lagi. Alarm handset sengal ni tak bunyi pulak,.....Bangun terus capai tuala.....selamat beg dah packing, Laptop dan barang yang di perlukan sume sudah siap.
YOSHH!!, FIGHTING!! Bersemangat untuk hari yang indah.
p/s: Semangat untuk merapu kian bertambah, dan harap maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata aku. Entry yang aku tulis kali ini terdapat unsur-unsur fantasi dan juga realiti ade yang betul juga. Permulaan cerita di atas, aku nak ending nya menjadi sedih, tetapi aku tidak dapat mencipta suasana sedih sebab aku bukannya jiwang sangat, tapi kuat merapu. Oleh itu, endingnya merapu sikit. Aku nak mintalah pendapat korang, yang sudi baca atau singgah jer tolong comment ker atau bagi cadangan untuk menarikkan lagi blog ini, aku suka kritikan yang membina tapi tidak membunuh. Bagi cadangan kat fanpage atau kat sini pun boleh....


No comments:
Post a Comment