06 March 2010

Fesbuk dan kerja sambilan

Hari ini AHAD, aku tak tahu nak buat apa, jadi terpikir idea yang menarik tuk blog aku ni. Hari ini bangun jer dah matahari dah nak terpacak atas kepala, malas nak masak sarapan jadi belasah jer ape yang ada, kat meja makan ader roti butterscotch pastu ade nescafe dalam kotak jadilah buat sarapan. Lepas selesai makan macam biasa online fesbuk, check notification, message, dan update status serta tak lupa tengak status friends aku.

Bosan betul status diorang ni, putus cintalah, maki hamun stalker xder ker yang buat pengumuman pertunagan tak pun kahwin kan best sikit...(aku xboleh nak buat pengumuman cam tu sebab single lagi...:P). Banyak pulak mase diorang main game fesbuk ni,



Apa khabar agaknya ladang-ladang aku tu, ok ke tak, pekerja kat cafe hidup lagi ke tak ekk..rindu juga dengan game kat fesbuk ni, al maklum sekarang agak busy tader slot masa yang sesuai untuk berkerja sambilan kat fesbuk ni.

Cerita pasal game di fesbuk ni memang banyak sangat, fesbuk sekarang ni bukan menjadi satu medium berkenalan tetapi mengisi masa dengan game seperti FARMVILLE, BARN BUDDY, PETVILLE, dan macam-macam lagi...duh!!

Selepas grad di Kolej lagenda, dekat setengah tahun aku melepak dekat rumah, bila masa bosan mesti ber'fb'ing main game game ni, memang addicted juga dengan game game fesbuk ni. Setiap hari mesti kene online fesbuk semata-mata tak mahu bagi tanaman dekat ladang tu mampus atau lauk dekat kafe basi...Jadi kene update selalu, bila datang bil letrik mak bapak aku bising dekat 1 rat diorang kena bayar bil.

Satu lagi tabiat aku setiap kali main pc game ke aku mesti nak habiskan level, tapi kalo game kat fesbuk ni susah sikit nak level up die, kekadang aku perasan setengah game kat fesbuk ni xde end level, rasa-rasa sampai bila bole abis main game kat fesbuk ni...

Game kat fesbuk ni sesuai tuk penggagur cam aku dulu, mana taknya kalo orang tanya " korang tengah buat apa skang ni" mesti korang jawab "tengah tanam anggur", untuk nampak lagi advance korang bolehlah bagi jawapan ini " tanam anggur kat fesbuk" kira korang bakal petani berjayalah...hehe.

Kekadang game-game fesbuk ni menyusahkan juga, aku malas nak cakap jadi korang tengoklah picture kat bawah ini....

Request tu sume ak ignore sebab ak malas nak accept, tu baru sikit, kekadang beratus. Nyusahkan juga bayangkan ade 100 sume korang nak kena accept ker jadi langkah terakhir terpaksalah ignore...hehe.. (cube korang tengok betul2 sape yang ade kat page aku tu)

Akhir sekali daripada aku, aku sertakan sikit picture fesbuk game aku, yang membuktikan aku pernah addicted dengan fesbuk game ni...

Farmville aku, terbiar sikit

Cafe World game masak-masak kat fesbuk

Banyak lagi game/application kat fesbuk yang menarik, jadi ini antara yang popular di kalangan kawan aku...

p/s: kalo korang main game kat fesbuk bolehlah add aku sebagai jiran korang.



Blogger Templates

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails